Artis / Selebriti
” Jujur sangat ni, sampai tercengang Omma. Kadang-kadang kejujuran itu menyakitkan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Nik You Rina Ketika Ditanyakan Soalan Suka Korea Atau Tidak Buat Warganet Terhibur. Alamak, Orang Korea Tapi Tak Suka Korea Lah. Jawapan Rina Tu Memang Tak Sangka Betul. Jujur Sangat Rina Ni, Haha !!
Keluarga pempengaruh dan Youtuber terkenal, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim antara yang seringkali menjadi tumpuan ramai. Pasangan ini semakin bahagia dengan kehadiran cahayamata sulung mereka, Nik You Rina yang sudah pun berusia 3 tahun.
Rina mampu bercakap dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Korea dan juga bahasa Inggeris. Telatah Rina yang comel disukai oleh ramai warganet. Menerusi akaun Instagram Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Ryzal, Maryam dan Rina.
Menerusi video ini, Ryzal bertanyakan kepada Rina antara Vietnam, Korea dan London yang mana satu yang Rina suka. Rina laju sahaja menjawab Vietnam dan ianya membuatkan Ryzal dan Maryam ingin tahu kenapa. Ryzal turut bertanyakan mengapa Rina tidak suka untuk tinggal di Korea.
Jawapan Rina membuatkan Maryam tercengang apabila mendengarnya. Rina menjawab dalam bahasa Melayu mengatakan ‘ sebab Rina sejuk ‘. Tergelak Ryzal dengan jawapan Rina tetapi rupa-rupanya bukan sahaja Rina, Maryam juga tidak suka dengan cuaca sejuk.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masalahnya dia boleh mix dua bahasa terus.. “sebab rina sejuk” .. hahahahaha comelnya awk rina.. “
” Rasa nak peluk cium je budak cerdik ni. MasyaAllah.. Haha, jujur itu bagus. Betullah kan, sebab sejuk mmg tak tahan lah.. “
” Bijak Rina.. jujur sgt.. sweet little Rina.. Kadang² kejujuran itu menyakitkan.. haha.. Bertabah la omma.. “
” Lucu part Maryam cakap”dduk sini jela” haha.. How old is Rina ni.. bijak betul.. comel sngt2 baby Rina.. “
” Soooo shomel.. bijak betul jawapan rina.. clever girl.. tapi vietnam paneh lit lit Rina oiii.. Muka omma pasrah sgt bila rina kata x suka korea sbb sejuk.. “
” Hahhaa sebab rina sejuk.. Geng acik la xsuka sejuk.. Bijak betul Rina ni.. Rina2 geyammm lah ngan Rina ni comeyy.. “
” So cute…. melawan arus kau dik. blk rmh masak sendiri la rina nti haha.. comel je jawapan macam tu.. “
” Hidup sini je lah maknya kata haha.. memang tercengang lah maknya anak tak suka kampung mak haha.. “
Rina Rina, jawapan yang diberikan memang luar jangkaan Maryam dan Ryzal. Nasib lah Omma, Rina tak suka duduk di Korea. Apa-apa pun, semoga Rina membesar dengan sihat selalu dan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapanya dan semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen