Artis / Selebriti
” Jebat tolak macam tu je Mummy dia. Bertuah punya anak, haha.. ” – Netizen
Video Amelia Christie Live Bersama Jebat Jayden Dan Noornabila Buat Warganet Terhibur. Amboi Jebat, Dah In love Dengan Aunty Amelia Yer. Jebat Tak Kasi Mommy Nak In Love Sama. Macam Tu Jebat Tolak Kepala Mummy Dia. Dah Parah Ni Jebat, Huhu !!
Bercuti bersama-sama di negara matahari terbit, Jepun menguatkan lagi ikatan antara Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie, Jebat Jayden dan Noornabila. Walaupun jauh beribu batu dari Malaysia, Amelia tetap membuat live bersama para pengikutnya.
Pada perkongsian terdahulu, Jebat dilihat hadir dalam live Amelia. Asyik berkepit dengan Aunty Amelia, Jebat kelihatan begitu menyayangi Amelia. Kata Jebat, Amelia adalah girlfriendnya dan bukan girlfriend Baba.Jebat turut mengatakan yang dirinya sedang in love dengan Amelia.
Meninjau entry di akaun Tiktok Angah, telah dikongsikan video sambungan yang memaparkan gelagat mereka. Kali ini, mommy Jebat pun ada bersama. Amelia memanggil Nabila dan meminta untuk mengucapkan ‘hi‘ untuk semua yang mengikuti livenya pada ketika itu.

Nabila pula cukup sporting, merapatkan kepalanya ke kepala Amelia, Nabila bergurau mengatakan dia juga mahu in love seperti Jebat. Mendengar sahaja ayat mommynya itu, laju sahaja Jebat menarik dan memeluk Amelia sambil tangannya menolak kepala Nabila. Amboi amboi, Jebat nak kena cub1t dengan Baba ni, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@itsnotzai00
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ahhh sudah .. jadi rebutan 3 penjuru dah ni haha.. bukan aje mamu ngan baby, mummy dia pun dah terjebak.. ni yg dikatakan beli satu dpt free 2 hehe.. ”
” Baby melampau eh, selamber je tolak kepala mummy haha.. Jebat macam mummy ni kacau je haha.. ”
” Macam adik beradik 3 orang ni. muka semua makin lama makin seiras tengok.. suka lah bahagia rasa.. ”
” Ger4m betul aku Jebat ni, gatalll haha.. siapa mak jebat sbnrnya ni. jebat g jepun, org kt msia pakat duk keliru. apa sbnrnya yg tjadi.. ”
” Masyaallah Jebat cepat2 peluk untie.. dan tepis kepala mummy dia bila cakap saya nk bercinta jugak.. saya in love.. ”
” Bila anak lelaki dah ada girlfriend, mak kena tolak tepi hahah.. Pandai amelia tegur & tarik tangan jebat dgn lembut bila jebat tolak mommy dia tu. Baik amelia ni.. ”
” Jebat tOlak cenggitu je mummy dia.. hawau punya baby haha.. aku rasa jebat dh jatuh cinta kt bakal mak baru dia la… abeh la mamu.. hahah.. ”
Amboi Jebat, ni memang betul-betul hendak conquer Aunty Amelia seorang. Mommy pun Jebat tak bagi berkepit dengan Aunty Amelia ye. Lawak sungguhJebat ini. Nampaknya Sharnaaz perlu beralah dengan Jebat nanti sebab Aunty Amelia girlfriend Jebat bukan girlfriend Baba okey, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Angah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



