Artis / Selebriti
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah mengusik YB Syed Saddiq mengenai video penari yang berwajah seiras dengan YB Saddiq buat ramai terhibur. Respon YB Saddiq tu memang tak sangka. Serius kelakar lah YB, haha..
Semalam Bella Astillah dan pasangannya, YB Syed Saddiq telah pun bersiaran langsung bersama untuk mempromosikan barangan handbag jenama Dr Cardin. Sesi live mereka ini mendapat sambutan yang hangat daripada warganet kerana ianya santai dan penuh dengan gelak ketawa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cherry Bee Shop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live tersebut. Bella sengaja mengusik YB Saddiq mengatakan YB Saddiq sibuk mengikuti kelas tarian. Ianya mengingatkan YB Saddiq dengan video viral penari yang berwajah seiras dengan wajahnya itu.
YB Saddiq sendiri hampir terpedaya dan melihat gaya penari itu. Kata YB Saddiq, mustahil dia boleh menari seperti itu. Di akaun Tiktok YB Saddiq pula, satu video yang memaparkan respon YB Saddiq terhadap video penari itu telah pun dimuatnaik.
YB Saddiq sendiri menyunting video penari itu sebagai barang order dan video dirinya menari bersama Bella dengan kapsyen barang sampai dari Shopee. Tindakan YB Saddiq ini menggeletek hati warganet. Semakin hari semakin kelakar kesayangan Bella ini. Barang sampai pun ‘herlok’ YB, confirm orang tak return balik.
Jom tonton video di bawah :
@cherrybeeshop Lawak la YB ni 😂 #Bass#syedsyaddiq #BellaAstilah
Respon YB Saddiq di akaun Tiktoknya :
@syedsaddiq 🤣
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jarang jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni haha.. owner edit sendiri masalahnya haha.. adui sakit perut ketawa.. lawak lah yb saddiq ni.. “
” Org lain buat aku tak sampai hati nak gelak. tapi ni sebab tuan dia sendiri edit aku nak gelak puas2. haha.. “
” Sebelum kena bahan, dia bahan diri sndri dlu.. Brilliant move.. penat la dia lupa ke dia siapa yb ni.. haha.. “
” YB dan pandai buat lawak sekarang haha.. gawat gaiss yb makin kelakar sekarang.. bella pun tergelak dekat yb saddiq haha.. “
” Baru nak ckp ‘Siapa la yg edit ni’. Skali tgk.. ya ampun.. haha.. dah la baru cabut Gigi.. sakit lagi nk gelak kuat2.. adoiii.. “
” Kerja terbaru. Sambil live, edit ni lepastu post. Nampak tak betapa gigihnya dia bekerja.. mula² aku nak marah… mcm tak baik la buat SS camniii. sekali tgk owner tt terus mengekek aku.. “
” Haritu dh lupa tarian ni. Tuan badan up balik sambung gelak semula haha.. baru ja nak komen ‘ jahattnya’ rupanya owner sendiri yang edit dan post, apooo hahaha.. “
Kelakar juga YB Saddiq ini, boleh pula dia membahan diri sendiri. Tetapi jika sehebat itu YB Saddiq menari, memang kalah lah Bella dan ramai yang terkejut kerana daripada ‘kayu’ boleh ligat seperti itu. Apa-apa pun, semoga YB Saddiq dimurahkan rezeki selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cherry Bee Shop, Tiktok Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jujur betul pengakuan YB, takut pulak Bella. Takut makin banyak yang keluar daripada mulut YB, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen