Artis / Selebriti
” Jangan cakap saya seorang je. Satu dunia terkejut ni.. ” – Komen Netizen
Video Dahlia Rizal berduet bersama Iman Troye mengejutkan ramai. Fuh, sekali Dahlia keluarkan suara sebenar, memang melopong semua mendengarnya. Kena scam semua sebelum ni, sedap rupa-rupanya suara Dahlia..
Pempengaruh dan juga isteri kepada penyampai radio, Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal sememangnya popular di kalangan wargamaya. Dahlia mempunyai bilangan pengikut yang ramai di media sosialnya yang mana sehingga kini telah pun mencatatkan seramai 771 ribu followers.
Sebelum ini, video Dahlia menyanyi dengan suara yang agak sumbang sering viral dan menjadi perbualan warganet. Dahlia seorang yang tidak cepat melatah dan tenang menjawab semua kritikan mengenai suaranya. Lagi dikecam, semakin banyak Dahlia kongsikan video nyanyiannya kepada umum.
Namun persepsi warganet berubah apabila mendengar nyanyian sebenar Dahlia. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dahlia dan Iman Troye, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dahlia berpadu suara bersama Iman menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Wildflower.

Nyanyian Dahlia ternyata bagus dan suaranya juga merdu. Selama ini Dahlia hanya berpura-pura bersuara sumbang. Rata-rata warganet yang mendengar suara Dahlia ini menzahirkan rasa terkejut mereka. Dahlia memang mempunyai pakej yang lengkap. Bukan sahaja ada rupa paras yang cantik, tetapi pandai menyanyi juga.
Jom tonton video di bawah :
Video ketika penggambaran video ini dilakukan :
(klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@x.o.housee Replying to @qeen Sekali dengan min kena prank 🤯 @imantroye @Dahlia Rizal
Video ketika rakaman suara sedang dijalankan (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@x.o.housee Replying to @Iman Rashid Lepas ni jiran @Dahlia Rizal boleh tidur lena dah 😮💨 @imantroye
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya lebih memilih yang sebelom ni kerana ia lebih pada identity sendiri dan lain dari yang lain sampai saya rasa lain mcm dia ni. Sekian.. ” – Zizan Razak
” Perghh real, serius lah.. Whoaaaaa saya rasa tertipu selama ini.. Sedap sangattttt lahhhhh.. pandai berpura-pura selama ni.. “
” Maksudnya dahlia dah tapau semua la ni? Cantik + pandai + suara sedap. insecure betul.. Jangan ckp saya sorang je. Satu dunia terkejut ni.. “
” Sebelum dia bukak mulut tadi asal aku berdebor ek.. Pehhhh kau main main je ennn selama ni haha. padahal suara bapak sedap.. “
” Nampak tak selama ni dia saja ja kann. Tapi kak kina pernah dgr dahlia nyanyi memang sedap pun. Ala2 vibes Nora Jones. Gigit budak ni kangg.. “
” Terpaksa high volume untuk kepastian.. Pandaii dia seeding sblum ni eh hhahaha.. Dia dah tapau semua. Cantik, lawo pandai nyanyi plak. Haaa gituw.. “
” 1 malaysia kena scam dgn dahlia.. dia tak kosong weiii.. Level2 billie eilish ni.. im impressed guys.. “
Pandai sungguh Dahlia mengaburi mata dan telinga semua orang dengan nyanyian sumbangnya sebelum ini. Nah sekarang terbukti, Dahlia memang ‘tapau’ semua. Cantik, bijak dan mempunyai suara yang merdu. Terbaik lah Dahlia. Semoga semua pembaca juga terhibur dengan dendangan Dahlia dan Iman itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Iman Troye, Tiktok XO House
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

