Connect with us

Artis / Selebriti

” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan

Diejek padan muka kerana mendapat tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza 12, respon Nubhan raih perhatian warganet. Ada yang seronok Nubhan tak jadi juara GV12, ini respon Nubhan sendiri..

Sebagaimana jangkaan, Nubhan antara top 3 yang berjaya meraih tempat di pentas akhir Gegar Vaganza 12 (GV12) semalam. Saban minggu, Nubhan konsisten persembahannya dan sering berada dalam lingkungan 3 tempat teratas carta dan terselamat sehingga melayakkan dirinya ke pentas akhir.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Nubhan bersama pihak wartawan sejurus GV12 melabuhkan tirainya. Nubhan diajukan soalan mengenai ejekan dari segelintir warganet mengatakan ‘padan muka ‘ kerana tidak mendapat tempat juara.

Nubhan tidak melenting dan sangat bijak menjawab soalan wartawan. Kata Nubhan, sasarannya memasuki GV12 agar dia dapat menjadi finalis. 12 minggu perlu bertarung dengan peserta-peserta yang hebat belaka bukan sesuatu yang mudah untuk Nubhan harungi.

Kata Nubhan lagi, untuk menjadi juara bukan senang. Namun sekiranya meraih juara, itu adalah bonus. Untuk info, Nubhan berjaya meraih tempat ketiga. Tempat pertama diraih oleh penyanyi dari Singapura, Iskandar Ismail dan tempat kedua pula diraih oleh kumpulan Mendua dari Indonesia.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tahniah rezeki tak pernah salah alamat.. teruskan karier nubhan semoga Allah berkati dan dimurahkan rezeki selalu.. “

” Tahniah nubhan…. ignore je yg ckp negative tu, …. Bina kehidupan baru, teruskan berjasa kepada ibunda… beri kehidupan yg baik utk anak2, ada jodoh kahwin…. aamiin.. “

” Rezeki Nubhan lah tu Alhamdulillah. saya ingatkan dapat no 1 tapi dapat no 3. Alhamdulillah.. “

” Tahniah nubhan walau apa pun no dpt itu rezeki allah.adat bertanding memang susah.jadilh dpt no 3. kak sokong nubhan.jgn dengar cakap2 orang di luar.. “

” Tahniah Nubhan, awak tetap tenang. Jawapan pun matang, alhamdulillah dapat duit boleh lah buat nafkah anak-anak. tu rezeki anak-anak jugak.. “

” Positif thinking, Tahniah Nubhan dpt no 3 lebih baik dr yg terkeluar sebelumnya… jangan peduli apa org ckp… Tahniah buat semua target saya sebab kalian dah berjaya bawa pulang trofi masing2.. “

” Bukan senang nak dpt 3rd place punn… Ramai yg dah tersingkir awal.. yang masuk pun semua hebat-hebat. Alhamdulillah ada rezeki Nubhan.. “

Satu jawapan yang matang dan tenang daripada Nubhan. Betul kata Nubhan, bukan mudah untuk mendapatkan tempat di pentas final GV12 ini dan rezekinya di tempat ketiga sesuatu yang harus disyukuri. Tahniah Nubhan dan semoga terus maju jaya dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak