Artis / Selebriti
” Ishhh elok sungguh kejadian yis kat pipi dia, dah macam doh donut gebu.. ” – Komen Netizen
Syafiqa Melvin kongsi gambar terbaru anak bongsunya, Ameena Sofeea yang kini berusia 1 bulan lebih buat ramai yang geram. Alololo montelnya baby Ameena, comel sungguh. Mulut tu sampai tenggelam gara-gara pipi dia pau sangat, hehe..
Umum mengetahui yang kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin atau mesra dengan panggilan Kak Long telah pun mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihan hatinya, Azhar Othman sekitar pada bulan Disember tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama, Syafiqa dan Azhar baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan September baru-baru ini iaitu seorang bayi perempuan. Syafiqa serta Azhar sepakat memilih nama Ameena Sofeea buat puteri kesayangan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Syafiqa, telah dikongsikan video yang memaparkan gambar terbaru Ameena yang sudah berusia 1 bulan lebih. Perkongsian tersebut telah mengundang rasa geram para warganet yang melihat kecomelan wajah Ameena.

Manakan tidak, Ameena sekarang semakin montel, lagi-lagi pada bahagian pipinya yang dikatakan sudah seperti doh donut. Seloroh warganet, mahu sahaja mencubit-cubit pipi pau Ameena itu kerana terlalu geram melihatnya. Sehingga kini, gambar terbaru Ameena telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram selepas melihat kecomelan Ameena. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Ishhh elok sungguh kejadian yis kt pipi dia, dah macam doh donut gebu.. Makin montel yer budak kecil ni, geram pula kita tengok.. “
” Comel nya Ya-Allah .. Buat kan kita rasa nk tambah baby lagi hehehehe.. Best lah kalau dapat uli baby umur mcm ni, masam2 baunya, nikmat betul.. “
” Allah Allah Allah Ameena, acik rasa nk cubit skit je pipi tu. U grow better.. Membesar dgn sihat yea sayang, jadi anak yang solehah buat abah ibu.. “
” Mashaallah adik… Nk gigit sikit pipi bulatt awk tu.. Eeeeeee apaa ni takdan ready pun omey sangat lah gambar dia, hehee.. “
” Pipi tu geram nya.. Kemain gebu betul.. Mesti kuat minum susu ni kan sayang.. Masya Allah… gembemnya.. Tgh fikir apa tu serius btl.. “
” Masyaallah. Pipi donut tu. Geram nengoknya. Membesarlah menjadi anak yang terbaik untuk keluarga ya sayang Ameena Sofeea.. “
” Seketoiiii anak dara bulatt nie.. Tomei sangattt dia ni.. Semoga membesar dngn sihat dan menjadi anak yg solehah, aamiiin.. “
Alahai Ameena, montelnya pipi tu, patut lah ramai yang geram. Untuk sekadar info, Syafiqa juga mempunyai sepasangan cahaya mata hasil perkahwinannya dahulu iaitu Zayyan dan Hara. Apa-apa pun, semoga Ameena terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah buat ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syafiqamelvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

