Artis / Selebriti
” Inilah cara bergurau kami untuk elak bergad0h.. ” – Abby Abadi
Video Abby Abadi Mengusik Norman Hakim Buat Peminat Terhibur. Wah, Kapsyen Abby Pun Sporting Habis !!
Kebahagiaan dan kemesraan keluarga Abby Abadi dan Norman Hakim sememangnya sudah ramai mengetahui. Walaupun sudah berpisah dan masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri, keluarga Abby dan Norman tetap rapat seperti satu keluarga besar.
Meninjau ke akaun Instagram, Abby telah berkongsi sebuah video sedang bergurau dengan Norman. Abby merakamkan momen-momen tersebut ketika bersama tiga orang cahaya mata mereka. Tidak diketahui apa yang diusik oleh Abby, namun Norman dan anak-anak dilihat tersenyum.
Menurut Abby, inilah cara mereka bergurau untuk mengelakkan bergad0h. Abby gemar mengusik dan memerli Norman, namun Norman hanya buat biasa-biasa sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Abby banyak bersabar dengan kerenah Norman.
Perkongsian ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji sikap Abby, kerana bukan semua orang mampu berbaik sebegini apabila sudah berpisah. Bak kata pepatah, buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji ketiga-tiga cahaya mata Abby dan Norman yang cantik dan handsome. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantik2 anak kak Abby & Norman.. Biasalah kann perli2 manja gitu.. Buat rasa2.. biasalh bukan senang nk hadap ex ni.. “
” Ok la tu..wat ghaso2… baru harmoni.. cmni la sporting kekal berkasih syg smpai bila2.. Awet muda betul papa nya pun.. anak anak pun menginjak remaja cantik lawa semua nya.. “
” Gurau2 manja kn kak abby,suka tengok family ni, Moga kalian semua dimurahkan rezeki dilindungi allah sentiasa dlm rahmat allah… Anak2 berjaya didunia dan akhirat .. “
” Alhamdulillah, saya kagum tgk keluarga besar Abby abadi, Suami, Memey suhaiza dan Norman hakim… Anak2 semua cantik dan handsome…. ”
” Alhamdulillah.. Sy kagum dgn family ini.. Susah senang bersama.. Moga Allah lindungi kalian selalu.. Aamiin.. mak ayah lawa, anak2 pun lawa2.. “
” Mereka da lama move on, mereka selalu berjumpa..cara bahagia mereka begitu, nyakat gurau gedik² apa salahnya..bukan sorok² pun, satu keluarga ada kot..yang penting BIL tue, kasi yang terkena perli tue yaa..WAJIB.. “
” Saya tgok sesabar2 org ialah kak abby…..tp saya tk kuat mcm kak abby….saya duk pk kalau lah saya kena mcm Akk… adakah ak mampu berbaik2 mcm ni….owh nooo.. “
Apabila ibu dan bapa yang berpisah tetap berbaik, ia membuatkan anak-anak tidak merasakan kurang kasih sayang. Anak-anak Abby dan Norman juga membesar dengan baik apabila sama- sama bertolak ansur dan berbaik. Semoga keluarga ini terus bahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Icha dengan Izz macam betul ambil nota. Yang Una tu macam budak nakal dalam kelas, haha.. ” – Komen Natizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bobo ni lama lama tengok sweet jugak.. ” – Ummi Nazeera