Artis / Selebriti
” Ini mesti lagu favorite Tuanku, sweet couple.. ” – Netizen

Video Yang Dipertuan Agong Menyanyi Lagu Jiwang Dalam Stadium Raih Perhatian Ramai. Wah Sporting Betul Agong Kita, Sultan Pertama Yang Menyanyi Kat Stadium. Sweet Sungguh Tuanku Dengan Permaisuri !!
Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah antara agong yang disayangi oleh ramai rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Seorang raja yang berjiwa rakyat dan mesra melayani rakyat membuatkan Tuanku menjadi sebutan.
Meninjau akaun Tiktok Pahang Voice, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sultan Abdullah menunaikan permintaan untuk menyanyi ketika bersama-sama rakyat di Stadium Darul Makmur. Agong memang diketahui sporting dan rajin melayan permintaan rakyat jelata.
Memilih lagu dendangan asal Ameng Spring berjudul Butakah Cinta, bersorak semua mendengar suara Agong. Sultan Abdullah adalah Agong pertama yang menyanyi di dalam stadium. Usik warganet, Tuanku tentu peminat lagu Spring kerana hafal lagu tersebut.
Lagi gamat dengan sorakan apabila Tuanku Sultan memaut bahu permaisuri tercinta sambil menyanyi. Alahai anakanda Tuanku pun tersenyum sahaja melihat aksi ayahanda dan bonda mereka ini. Ramai juga yang merasa sayu memikirkan Tuanku tidak lama lagi akan mengakhiri tugasan sebagai Yang Dipertuan Agong.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@pahang.voice KDYMM YANG DIPERTUAN AGONG MENCEMAR DULI MENYAMPAIKAN LAGU DI STADIUM DARUL MAKMUR #stadiumdarulmakmur #viral #pahang #pahangdarulmakmur⚪⚫ #pahangdarulmakmur #pahangvoice #agong #agongkita #jubliemasstadiumdarulmakmur
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Satu2nya AGONG yg benar2 AGONG.. sgt dkat dihati rakyat.. boleh x nk request kekal sbgai Agong utk 1 penggal lg.. ampun tuanku.. ”
” Agong terpaling sporting.. anak-anak semua ikut perangai macam dia.. peramah dengan rakyat.. ”
” Agong tinggal lebih kurang 100 hari saja lagi , masa ni lah nak berseronok dngn rkyat , semoga sekeluarga tuanku sihat selalu.. ”
” Ini mesti lagu favorite Tuanku YDPA. Masa jelajah borneo kat tawau nyanyi lagu nie juga. Terbaik Tuanku.. ”
” Saya sangat bangga jadi anak pahang bertambah pulak dapat agong macam ni daulat tuanku.. ”
” Satu²nya agong n permaisuri paling mesra rakyat. sweet couple. semoga tuanku berdua dilindungi, diberi kesihatan dn kebahagiaan dunia akhirat.. ”
” Sporting betul tuanku.. siap tanya rindu saya ke hehe. Sweet je pelok bahu permaisuri sambil nyanyi tu.. Agong pertama nyanyi dalam stadium ni, terbaik lah.. ”
Sedap suara Agong kesayangan ramai ini, mesti lah rakyat rindukan Tuanku. Mana nak cari Agong yang sweet seperti Tuanku dan Permaisuri. Semoga Yang Dipertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pahang Voice
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah