Connect with us

Artis / Selebriti

” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

Shuib Sepahtu terharu terima duit raya buat pertama kalinya daripada anak perempuannya, Thalita buat ramai tersentuh. Alahai sedih baca ayat kapsyen Shuib tujukan kepada arwah Siti Sarah dan untuk Watie juga..

Hari raya disambut dengan penuh kemeriahan dan rasa kesyukuran oleh semua lapisan masyarakat. Raya lebih meriah dan menyeronokkan, terutamanya untuk kanak-kanak apabila mendapat duit raya daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu posting yang menyentuh hati ramai mengenai sikap anak perempuannya, Thalita. Anak dara Shuib ini baru berusia 13 tahun, namun kematangannya berfikir melebihi usianya itu.

Shuib berkongsikan duit raya pertama pemberian Thalita kepadanya. Memandangkan Thalita sudah bekerja dan memperolehi pendapatan sendiri, Thalita tidak kedekut untuk berkongsi rezeki untuk kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang lain.

Kelihatan beberapa keping note RM50, RM10 dan RM5 yang dipegang oleh Shuib menerusi gambar yang dikongsikan. Ianya jumlah yang boleh dikatakan besar dan bermakna untuk Shuib. Thalita sememangnya anak yang baik dan banyak mewarisi sifat arwah Siti Sarah yang pemurah dan suka berkongsi rezeki.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Waaah alhamdulillah. Tahniah DekTa .. itu lah yg terbaik ..semoga terus dikurniakan rezeki buat mu DekTa.. “

” Alhamdulillah.. such a big heart Dekta ni kan.. kecik2 cili api. Akk tahu sbg parents kita bukan nak duit anak2 tapi ingatan anak2 pd parents tu penting.. “

” Anak yg mendahulukan kedua org tuanya pasti sentiasa dirahmati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki dr pelbagai sudut. walau usia masih remaja tp pemikiran cukup matang. Alhamdulillah. Subhanallah…terus berbakti kpd kedua org tua ye.. “

” Alhamdulillah. Thalita anak Solehah. Semoga bertambah rezeki buat Thalita, Shuib & Family.. dalam masa yang sama, dia nak tolong daddy dia sebenarnya.. i feel u thalita.. “

” Awhhhh sweet dekta. Sebijik ibu. Apa pun sambungan didikan mummy watie. Semoga bertambah rezeki selalu .. “

” Alhamdulillah rezeki anak y solehah y byk membantu daddy y br berusia 13 thn moga thalita terus berjaya dunia akhirat aminnnnnnn.. “

” Siapa potong bawang ni, touching la baca. Aku jd sebak bila baca tang ibu tu…rindu nk dngr abg shuib pnggil ‘ibu’.. jahatlah posting ni, buat berair mata.. dekta macam arwah ibu, suka memberi dan berkongsi rezeki.. “

Thalita sama seperti sifat ibunya yang pemurah dan baik hati. Bukan berapa banyak nilai wang yang diberi tetapi ketulusan hati Thalita dan rasa ingin berkongsi rezeki itu sangat membanggakan. Ini semua hasil didikan arwah Siti Sarah, Shuib dan juga Watie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak