Artis / Selebriti
” Hujung-hujung macam tikus, tapi hasilnya memang tiptop lah.. ” – Netizen
Yana Samsudin Kongsi Video Telatah Anak-Anaknya Ketika Sesi Photosho0t Di Studio Buat Ramai Terhibur. Lumrah Anak Nombor Dua, Memang Aktif Dia Lain Macam Sikit. Tapi Cantik Betul Gambar Last Tu !!
Sudah menjadi kebiasaan buat setiap keluarga mengabadikan kenangan di hari raya dengan melakukan photoshoot raya bersama keluarga tersayang. Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon terkenal iaitu Yana Samsudin.
Menerusi akaun Instagram, Yana telah memuatnaik video bersama keluarganya ketika berada di studio gambar. Tulis Yana di ruangan kapsyen menyatakan susah untuk mendapatkan satu foto yang cantik.
Kalau dilihat dalam video itu, telatah anak-anak Yana begitu mencuit hati saat gambar ingin diambil. Paling comel adalah gelagat anak perempuan Yana, Aura Aisy Sofea yang tidak mahu duduk diam.

Perkongsian video oleh Yana ini telah mengundang tawa para peminatnya. Ada yang menyatakan sudah menjadi kebiasaan melihat telatah anak nombor dua kerana anak nombor dua sering dikatakan begitu aktif berbanding anak yang lain.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian video oleh Yana. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hujung-hujung macam tikus, tapi hasilnya memang tiptop lah.. No2 paling keletah tak menahan, hahaha jenuh suh duk dendiam kan tp tu la jgk yg terpaling comeyy.. “
” Comel… Walau nk boleh ke gambar comel… Hazab rasanya, tapi bila tengok hasilnya kita boleh tersenyum puas.. “
” Mahu berpeluh ketiak2 haha.. Nasib ler mak ayah maintain je sabar melayan. Comel tengok gambar dua beradik tu.. “
” Sofea comel, no dua tu memang ikut gaya Yana sebiji. Selamat hari raya Yana sekeluarga, maaf zahir dan batin.. “
” Anak no dua memang mcamtu perangai, special sikit daripada sulung.. hahaha kena banyak sabar.. Cantiknya Kak Long bergambar.. “
” Cantik lah gambar.. Kejap dah besar anak-anak.. Comel tengok telatah si kecil tu, kemain lagi duduknya.. “
” Keluarga yang sentiasa sederhana dan bahagia.. Suka tengok.. Lumrah anak no dua lah Yana, hahaha tapi comel sangat tengok.. “
Amboi Sofea, sempat lah panjat naik atas belakang daddy yer walaupun sopan je pakaian tu. Namun begitu, hasil gambar keluarga Yana pada akhir video memang sangat cantik, lagi-lagi gambar Sofea bersama abangnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG yanasamsudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen

