Artis / Selebriti
” Hebatnya Tokti, bukan mudah nak hafal lagu macam ni.. ” – Netizen
Persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tamil, Munbe Vaa Di Konsert AR Rahman Buat Ramai Terpuk4u. Wah Merem4ng Habis, Penonton Siap Bangun. Menyanyi Lagu Karya AR Rahman Depan Hampir 70 Ribu Orang, Memang Padu Lah Tokti !!
Semalam telah berlangsungnya konsert AR Rahman yang merupakan seorang komposer terkenal dari India. Konsert tersebut telah dihadiri puluhan ribu peminat lagu-lagu AR Rahman yang diadakan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah dijemput untuk membuat persembahan dalam konsert tersebut. Apa yang menarik ialah Dato’ Seri Siti menyampaikan lagu Tamil berjudul Munbe Vaa dan telah memuk4u semua penonton di stadium tersebut.
Meninjau ke akaun Instagram Rozisangdewi, sebuah video ketika persembahan tersebut telah dikongsikan. Dato’ Seri Siti dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik walaupun mengambil masa yang singkat untuk menghafal lagu itu.

Video sebelum dan selepas persembahan juga turut dikongsikan, dapat dilihat Dato’ Seri Siti begitu bersungguh menghafal dan menghayati lagu tersebut agar boleh memberikan persembahan yang terbaik. Memang terpesona mendengar nyanyian Dato’ Seri Siti ini.
Jom tonton video di bawah :
Video Dato’ Seri Siti sebelum dan selepas membuat persembahan :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kehebatan Dato’ Seri Siti dalam menyampaikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Hebatnya hamba Allah yg satu ni memenangi hati semua bangsa.. merdu g1ler suara ct.. Lagu ni dah bermain di kepala .. “
” Suara mcm ni la suara kekuatan tok ti. Lagu macam ni lah lagu yg sesuai dgn suara tok ti. Mcm ni kan sedap. nangis dengar sedapnya boss nyanyi.. “
” Inilah kehebatan Siti.. dia akan bersungguh2 utk memahami setiap lagu yg dinyanyikan. Apatah lagi lagu bangsa lain.. Hebatnyaaa tokti.. bukan mudah nak hafal lagu mcmni.. “
” Setiap lenggok dan cengkok akan dihayati supaya tidak kedengaran pelik dan canggung. Siti terbukti artis yg versatil.. “
” Sememangnya dia hanya satu didunia ini, Siti nurhaliza yg satu ini seorang manusia yg bertuah diberi anugerah bakat sebegini rupa dr Allah.. “
” Bukan hanya bakat nya dikagumi, tetapi peribadinya itu yg sebenarnya menjadikan dia hebat dimana mana. Semoga beliau sentiasa dilindungi Allah… Aamiin… “
” Hebat sngguh manusia bernama siti Nurhaliza ni .. mcm jenis lagu .. dia tk perlu memekik utk dpt aura sedappppp sesuatu lagu.. “
Sememangnya Dato’ Seri Siti mempunyai bakat menyanyi yang luar biasa. Satu anugerah yang tidak ternilai yang ada pada Dato’ Seri Siti. Semoga terus maju jaya buat Dato’ Seri Siti Nurhaliza ke peringkat lebih jauh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozisangdewi, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E

