Connect with us

Artis / Selebriti

” Hebatnya doa seorang ayah untuk anak, selamat ulangtahun Attar.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal, Ahmad Fakharuddin Attar. Kapsyen Aeril Dan Wawa Menyentuh Hati Peminat. Cantik Semua Tema Hijau, Wawa Pun Nampak Lain Lah. Ada Good News Ke Tu !! 

Semalam tanggal 24 Ogos genaplah usia anak sulung kepada pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Ahmad Fakhruddin Attar yang ke 8 tahun. Meninjau akaun Instagram Aeril Zafrel, sekeping gambar dan sebuah video majlis sambutan hari lahir Attar dikongsikan.

Memilih tema kartun Minecraft, mereka sekeluarga mengenakan baju tshirt berwarna hijau. Sebagaimana sambutan hari lahir Hayla minggu lalu, dekorasi kali ini juga dihasilkan oleh Aeril dan Wawa sendiri.

Dengan hashtag catatan untuk masa depan, Aeril turut sama mencoretkan bingkisan untuk Attar yang penuh dengan kata nasihat dan pesanan. Attar yang menjadi bukti pertama ikatan cinta Aeril dan Wawa diharapkan untuk mencari redha Allah dan menjadikan itu pegangan hidup.

Panjang sekali coretan Aeril untuk bakal pengganti dirinya ini dalam menjaga keluarga. Dalam ramai yang seb4k membaca kapsyen Aeril ini, kebahagiaan mereka sekeluarga juga buat peminat  gembira.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Tinjauan kami di akaun Instagram Wawa juga ada dikongsikan ucapan hari lahir untuk si sulungnya ini. Syahdu dan tulus coretannya sama seperti Aeril. Memang sent1mental dan banyak kenangan dengan Attar.

Perkongsian pasangan ini mendapat perhatian dan ucapan selamat hari lahir daripada peminat. Ramai juga yang menyedari sesuatu yang nampak berbeza pada Wawa. Antara komen-komen mereka :

” Attar jujur sangat muka tu, happy birthday attar. seronok baca nota masa depan buat attar. u have a great parent attar.. “

” Syahdunya, terselit doa dalam ucapan. Selamat ulangtahun Attar, semoga jadi anak yang soleh. eh jap, Wawa nampak baby bump la. 2 3 kali ulang tengok macam ye.. “

” Happy birthday Attar anak pintar ganteng sholeh. wish u all the best Attar. Kita pulak yang nang1s baca kapsyen. Yang Hayla aritu pun ra0ng kita baca.. “

” Hebatnya doa seorang ayah untuk anak. Sanah helwah anakanda Attar, Barakallah fii umrik. Nampak sesuatu la bila tengok Wawa hehe. baby bump tu jelas dah. Nak dapat baby lagi eh.. “

” Happy birthday Attar handsome boy, ingat pesanan2 ayah mu tu ye nak. Comel je Attar say thank you tu, sopan sangat anak teruna Aeril. Attar macam bakal dapat adik lagi la hehe.. “

” Cantik susunan kata kata harapan dari seorang ayah. Nasihat yang sangat menyentuh hati. Setiap ayat tu fuhh menus0k kalbu.. “

” Macam nampak baby bump kak Wawa la. Dah lama perasaan bila tengok igstory wawa. Pernah Aeril tulis jangan lupa buku pink masa wawa nak pergi vaks1n hari tu.. “

Seronok Attar dapat sambut hari lahir walaupun hanya di rumah. Pengikat kasih sayang ibu ayah yang diharapkan untuk menggalas tanggungjawab besar dewasa kelak. Apa pun, selamat hari lahir Attar dan semoga segala impian dan harapan untuk Attar akan dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel, IG Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT