Artis / Selebriti
” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
Video Amira Othman menjawab mengenai spekulasi dirinya sedang hamil dan sebab dimasukkan ke hospital curi perhatian warganet. Rupa-rupanya ini sebabnya yang ramai tak tahu..
Beberapa minggu yang lalu, penyanyi dan pelakon Amira Othman telah pun dikejarkan ke hospital kerana faktor kesihatannya yang tidak baik. Suaminya, Fattah Amin tidak memberitahu secara terperinci apakah penyakit Amira dan cuma mengharapkan agar semua dapat mendoakan agar Amira cepat sembuh.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Amira bersama pihak wartawan. Amira diajukan soalan yang sedang hangat diperkatakan oleh wargamaya iaitu spekulasi yang mengatakan dirinya sedang hamil.
Seperti biasa, Amira menjawab dengan tenang dan tersusun ayatnya. Wajah Amira masih kelihatan sedikit pucat kerana dirinya belum pulih sepenuhnya. Amira memberikan respon yang baik dan menjelaskan sebab sebenar mengapa dia ditahan di hospital.

Amira turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya. Tambah Amira lagi, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua. Andai kata ada berita baik, pasti Amira akan memaklumkan kepada umum apabila sampai waktunya.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakNews; Amira Othman jawab spekulasi mengenai dirinya kini sedang hamil Klik link untuk baca artikel penuh & layari Gempak.com
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cara dia jawab dari dulu sampai hari ni, menunjukkan dia memang BUDAK BAIK.. bukan BUDAK BUAT BUAT BAIK. jadi yg x suka dia tu memang masalah HATI korang sendiri bukan masalah dia.. “
” Semua yang keluar dari mulut dia semua sedap didengar, adore gilaa.. Seriusly impress dgn adab dia.. Dia mmg asli kind hearted.. “
” Teratur betul la ayat dia.. kita nk buat karangan pun padam tulis bnyk kali.. masyaAllah saya suka kaklong menjawab soalan.kaklong menjawab penuh dengan penuh hikmah.. “
” Mcm mana la fattah tak jatuh hati .. cantik.. bijak.. lemah lembut.. penyayang… hormat mak ayah… hormat suami.. hormat org sekeliling.. dia bcakap je aku rasa saaayang sgt kat dia… kata2 dia semua yg elok je.. “
” Bagus cara jawab.. tenang dan bersahaja no dramas.. Sy bangga dgn mak ayah dia.. didik anak dgn baik.. beradab,sopan,jawapan pun sgt sgt matang.. “ada rezeki, berita baik, sesuai pada waktu” teratur betul percakapan AO ni. suka btl.. “
” MasyaAllah… walupun tak sembuh sepenuhnya lg tp seri dan cantik kak long tak terjejas pun.. semakin cantik.. ada….. jawapan kak long mbuatkn kita semakin sayang pd beliau… doakn ya… semuga kita cepat2 dpt berita baik… semuga Allah makbulkn doa2 kita semua… Aamiin.. “
” Bagusnya cara dia jawab sangat teratur.. Xtau la knape ek, klau tgk amira ni rse sejuk & tenang je. Maybe die org yg baik dan sopan. Moga amira cepat sembuh & bahagia selalu.. “
Teka teki dan spekulasi kehamilan Amira akhirnya dijawab oleh tuan empunya badan sendiri. Bukan kerana hamil tetapi kerana sakit Bronchitis. Semoga Amira cepat sembuh sepenuhnya dan kembali sihat seperti sedia kala. Sama-sama kita mendoakan kesihatan dan yang baik-baik untuk Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Gempak, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

