Connect with us

Artis / Selebriti

” Happy Birthday My Boys.. ” – Fad Bocey

Video Fad Bocey Dan Isterinya, Syaheera Buat Kej0tan Kek Hari Lahir Kepada Anak Kembar Mereka, Zayyan Dan Hayyan. Namun Gelagat Aminah Yang Begitu Teruja Buat Ramai Terhibur. Alahai Aminah, Mesti Dia Ingat Birthday Dia !!

Umum mengetahui, pelawak terkenal Fad Bocey telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Syaheera A Rahman. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang anak iaitu iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan yang terbaru Ibrahim Jibriel.

Meninjau laman Instagram Fad, satu video yang dikongsikan memaparkan Syaheera sedang berjalan bersama kek di tangan, sambil Fad dan Syaheera menyanyi lagu Happy Birthday kepada Zayyan dan Hayyan. Menariknya, anak perempuan mereka, Aminah turut dipelawa oleh Syaheera untuk sama-sama meraikan hari lahir abangnya itu.

Kedengaran suara Zayyan bertanya kepada Syaheera samada itu kek Aminah atau kek Zayyan apabila Aminah meniup lilin di atas kek. Untuk makluman, anak kembar mereka, Hayyan dan Zayyan menyambut hari lahirnya yang kelima pada 11.12.2020. Hanya sambutan sederhana dapat dibuat kerana Fad dan Syaheera sibuk dengan kerja pada waktu sekarang.

Melalui kapsyen tulisan Fad, Fad memohon maaf kepada kedua orang anaknya itu, kerana lewat untuk menyambut hari jadi mereka. Selain ucapan selamat hari jadi, Fad juga turut menzahirkan kata-kata kesyukuran dengan kelahiran anaknya itu serta mendoakan kebaikan buat Zayyan dan Hayyan.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata peminat Fad mengucapkan selamat hari jadi kepada Hayyan dan Zayyan. Ada juga peminat yang tertarik dengan kecomelan Aminah. Antara komen-komen rakan selebriti dan juga peminat :

” Happy birthday boys hayyan Zayyan.. semoga hayyan Zayyan jadi anak yg Soleh buat mommy daddy.. semoga hayyan Zayyan boleh jaga mommy daddy n adik-adik bila besar nanti.. “

” Happy birthday twin.. semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh.. Selamat hari Jadi… Happy Birthday.. “

” Happy birthday hndsome boy.. smoga pnjang umur, murah rzeki, sihat tubuh bdn, mnjadi ank soleh, bijak dan berbakti kpd org tua.. Aamin.. “

” Suka tgk ur daughter Aminah.. She is soooo cute and adorable.. Manis muka dia senyum.. Kt mane beli kaftan ameena.. Happy Birthday twins.. Happy birthday to u boys.. “

” Laaa harijadi depa ke lps mlm tu.. pibedayyy kembaqqqqq boys.. Nt mai ruma aunty tagih uncle sepol ali..” – Marsha Milan

 ” Selamat ulangtahun anakanda.. ” – Tomok

” Happy birthday to u boys.. ” – Hairul Azreen

” Happy birthday to u.. ” – Alyssa Dezek

Walaupun sibuk dengan kerja, Fad dan Syaheera tetap tidak melupakan tarikh lahir Zayyan dan Hayyan dengan sambutan hari jadi yang sederhana. Itu sudah cukup bermakna untuk Zayyan dan Hayyan. Aminah juga turut sama menyambut hari jadi abangnya itu. Senyuman manis dan kecomelan Aminah turut menarik perhatian peminat laman Instagram Fad.

Anak-anak Fad nampak gembira dan teruja dengan sambutan hari jadi yang sederhana itu. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari jadi yang kelima kepada Zayyan dan Hayyan. Semoga Zayyan dan Hayyan menjadi anak yang soleh, anak yang menghormati orang tua, bijak pandai dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey, IG Syaheera A Rahman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT