Artis / Selebriti
” Happy birthday Isa handsome. Muka si Eshaal sebijik la Isa ni.. ” – Netizen
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Lelaki Stacy Anam, Isa Yang Pertama Raih Perhatian Warganet. Wah Meriahnya Majlis. Makin Comel Isa, C0py Paste Muka Kakak Eshaal Sangat. Dah Macam Kembar Lain Tahun Pulak !!
Diam tak diam, setahun sudah berlalu sejak Stacy Anam melahirkan anak lelakinya, Isa. Sebagaimana anak-anak yang lain, Stacy dan Akim telah pun mengadakan satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran Isa yang pertama bersama rakan-rakan terdekat.
Meninjau akaun Instagram Stacy, satu video telah pun dimuatnaik yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis tersebut. Menggunakan perkhidmatan Mega Glory Hall sebagai perancang majlis birthday Isa, ianya berjalan dengan lancar dan meriah.
Stacy hadir bersama Akim dan 2 anak mereka yang lain iaitu Bella dan Eshaal. Meriah betul juadah yang disediakan dalam majlis Isa ini. Pelbagai juadah disajikan untuk para tetamu yang datang. Pastinya semua mata tertumpu kepada birthday boy.

Wajah Isa tidak ubah seperti wajah kakaknya, Eshaal ketika bayi. Memetik komen warganet, Eshaal dan Isa ini seperti kembar tetapi berlainan tahun. Seronok warganet melihat kebahagiaan keluarga kecil Akim dan Stacy ini. Semangat semua menyanyi lagu hari lahir untuk Isa.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday Isa handsome.. muka si eshal sebijik la isa ni.. kembar lain tahun ke.. comel sangat.. ”
” Its not too late to wish Happy birthday to baby isa. Semoga menjadi anak yg soleh & taat kepada kedua ibu bapa.. ”
” Grow healthier baby Isa .. happy 1st birthday.. Selamat Hari Jadi pada Isa semoga jadi yang soleh pada mummy & daddy.. ”
” Happy birthday baby Isa… semoga menjadi anak yg soleh buat mami dan daddy. may god bless u.. ”
” Yeahh happy birtday Isa.. cepatnya dah setahun umur si kecil ni. rasa macam baru je semalam baca berita Stacy beranak hehe.. ”
Meriahnya majlis hari lahis Isa.Isa pun pandai melayan peminat hendak bergambar. Eshaal dan Bella yang kelihatan paling gembira menyambut hari lahir adik mereka ini. Pemilihan tempat juga sesuai dan aturcara majlis yang teratur.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Isa. Semoga menjadi anak yang soleh, yang membanggakan kedua ibu bapa, membesar dengan sihat selalu dan berjaya dunia dan akhirat. Semoga happy selalu Isa yang comel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Stacy Anam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

