Artis / Selebriti
” Happy anniversary Maria dan hubby.. ” – Komen Netizen

Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 29 tahun, Maria Tunku Sabri bersanding semula dengan suaminya, Ahmad Nazri Abdul Malek. Wah cantiknya pelamin dan dekorasi dewan. Dah macam pengantin baru, meriah betul..
Meninjau ke akaun Instagram Maria Tunku Sabri, perkongsian sebuah video yang memaparkan majlis ulangtahun perkahwinan Maria dan suaminya, Ahmad Nazri Abdul Malek telah meraih perhatian ramai. Maria dan suami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 29 tahun.
Pasangan ini memilih untuk bersanding semula pada hari ulangtahun perkahwinan mereka. Majlis ini diadakan cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Kebetulan masih berada dalam bulan Syawal, majlis ini diadakan sekali dengan rumah terbuka hari raya.
Maria cukup manis mengenakan persalinan berwarna pink, manakala suaminya pula mengenakan suit hitam. Pasangan ini turut bersanding di atas pelamin yang cukup indah. Pastinya ia menggamit memori ketika majlis perkahwinan mereka pada 29 tahun yang lalu.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya pelbagai dugaan yang dilalui oleh Maria dan suami selama 29 tahun hidup bersama dan masih kekal bahagia sehingga kini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan buat Maria. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulillah..Tahniah Sis Maria h Husband..semuga kekal berbahagia selamanya hingga ke Syurga.. this is too cute! till jannah aunty!!! aminn.. “
” Usia bukan penghalang untuk kita kekal cantiK.. Rare btol baju pengantin.. Cantiknya sis maria.. Selamat pengantin baru kak maria.. “
” Happy anniversary Maria n hubby…lived happily ever after.. Semoga bahgia till jannah..! Dan diberikan KEBERKATAN.. peace di usia2 begini love the daring Vibes still Vogue.. Semoga Allah meredhai mu.. “
” Here comes the Prince and Princesses berjalan naik ke pelamin. Happy Anniversary .. Alhamdullillah & Congrats on yr 29th Anniversary my dear… semoga berkekalan hingga ke jannah amin yra.. “
” Wah selamat pengantin baru.. artis yang menolak tua , still cantik diorang ni lurvee, happy anniversary kak mariajjcm.. semoga kekal hingga ke jannah.. “
” Wahhh congratssss k mariaaa semoga bahagia ke syurgaaa.. Cantik baju Maria..patut lah Maria pengantin..slmt pengantin baru buat Maria.. “
” Memang Hapening tadi mariajjcm … Sahabat sahabat sheilarusly_jspictures sharifahshahora pun baik layan kenalan dan tetamu sepanjang majlis. Alhamdulillah.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun pekahwinan yang ke 29 tahun buat Maria Tunku Sabri dan Ahmad Nazri Abdul Malek. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan sehingga ke syurga dan berbahagia selalu. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mariajjcm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen