Artis / Selebriti
” Handsome teruk dia ni. Melting betul tengok Emirhan.. ” -Netizen
Gambar Terbaru Anak Kedua Anzalna, Emirhan Yang Bakal Berusia 2 Tahun Tidak Lama Lagi Buat Ramai Yang Geram. Wah Makin Handsome Lah Mini Putin Ni. Bergambar Dah Macam Ambil Gambar Pasport. Tegak Je Kepala Tu, Comel Sangat !!
Sebut sahaja nama Anzalna Nasir, pastinya semua akan terbayangkan kecantikan yang dimiliki oleh figura ini. Walaupun Anzalna sudah tidak seaktif dulu dalam dunia hiburan tanah air, namun perkembangannya tetap menjadi tumpuan wargamaya terutamanya pengikut setia Anzalna.
Meninjau entry Anzalna di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru anak kedua Anzalna bernama Mohamad Emirhan. Untuk makluman semua, Emirhan bakal menyambut ulangtahun keduanya pada 20 Mei akan datang.
Dalam paparan gambar ini, Emirhan berdiri tegak dan membuat wajah serius ketika gambarnya diambil. Kata Anzalna, cukup susah hendak mengambil gambar Emirhan sekarang. Sebelum ini, Emirhan yang comel dan handsome ini seringkali dikaitkan dengan wajah Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kulit Emirhan yang putih melepak dan rambutnya yang kerinting membuatkan warganet tidak puas melihat wajahnya itu. Semakin besar semakin handsome hero kecil Anzalna ini. Ada juga di kalangan warganet yang meminta supaya Anzalna membawa Emirhan ke Rusia untuk berjumpa Putin sebenar. Kelakar juga permintaan peminat Emirhan ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Anzalna ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan ratusan komen telah pun dicatatkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Handsome betul.. sebijik muka presiden rusia lah Emirhan ni. Anzalna patut travel to Russia bawak Emirhan. Kot2 viral dekat sana famous. Rupa sama dgn Putin.. ”
” Belum cukup umur dewasa lagi dah boleh nampak wawasan Emirhan sebagai politician. Ok manifesting Emirhan as our prime minister for 2054.. ”
” Jgn botak mcm putin taw …biar hensem bergaya sampai pening mak nk pilih mana satu nk buat menantu.. ”
” Emirhan, jodoh dekat Turki tau hehe. Kecik kecik dah handsome ni, comel terlajak macam anak orang turki.. ”
” Handsome nya, saya melting betul tengok rambut tu.. kalau sekolah nanti mesti ramai peminat ni.. ”
” Handsome teruk dia ni.. haha Putin, boleh jumpakan Emirhan dengan Putin. Mesti adopt jadi cucu angkat haha.. ”
” Putin.. ingat masa mula-mula emirhan keluar sejibik.. tapi yang ni versi comey lotey.. handsome sungguh macam anak mat saleh.. kecik kecik dah handsome.. ”
Makin ramai lah peminat Emirhan apabila Emirhan besar nanti. Bak komen warganet, baru usia sebegini sudah handsome Emirhan. Apa-apa pun, semoga Emirhan membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen




