Artis / Selebriti
” Gorgeous, menggamit memori betul. Sedapnya suara Juliana, tak ubah macam dulu.. ” – Komen Netizen
Video penampilan istimewa Juliana Banos di Konsert GenKru The Finale raih pujian warganet. Wah tak berubah suara Juliana, tetap merdu macam dulu. Wajah pun bertambah cantik, awet muda sungguh..
Juliana Banos, nama yang pernah menghiasi persada seni tanahair suatu masa dahulu. Penyanyi dan pelakon jelita ini popular dengan lagunya Mana Satu dan membintangi filem kepolisian, Gerak Khas The Movie II. Karier seni Juliana terhenti selepas Juliana melangsungkan pernikahan dengan usahawan berjaya, Dato’ Mokhtar Ahmad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penampilan khas Juliana di konsert GenKru The Finale semalam. Konsert ini telah pun berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Juliana tampil berduet bersama KRU menerusi lagu duet Sehidup Semati. Lagu ini pernah dirakamkan dan dinyanyikan oleh Juliana bersama kumpulan Indigo. Suara Juliana yang masih merdu seperti dahulu memukau penonton di stadium dan juga warganet yang menonton video ini.

Ramai memuji suara Juliana yang maintan seperti dahulu sekali pun sudah lama tidak beraksi di pentas. Juliana mempunyai aura dan tone suara yang sedap didengar. Seronok warganet mendengar paduan suara Juliana dan KRU itu, memang hebat Juliana.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lamanya tak tengok Juliana Banos.. suara dia maintain macam dulu lagi walaupun dah lama menghilang.. lawanya dia.. macam barbie.. “
” Kak Jun.. Maintain Sgt cun tp kite ni rs dh tua.. adoiiii cane ni.. muka cantik tu awet muda betul.. still boleh menyanyi walaupun lama hilang.. “
” Ya Allah baru jee teringat2 dia ni.. tertanya xde ke socmed juliana ni..stay je jb xpnh terserempak ke apa.. akhir nye nmpk jugak kt socmed nii.. still cntik mcm dulu ehh.. “
” Terubat rindu nak tengok Juliana Banos.. Terima kasih KRU ubati rindu kami tgk penampilan dia sekarang.. suara yang ramai rindukan untuk dengar.. “
” Suka dia. Selama ni stalk2 dia, tp x nampak perkembangan family dia. Dia kawen dgn org Johor kan. Ingat lagi No plat keta dia masa tu, belum keluar lagi waktu tu JUN. Akhirnya KRU panggil dia. Muka dia ya Allah chantikkk bettul.. “
” Best lagu ni dengar zaman2 dulu. Missing my old days dan suara Juliana masih hit ya.. Lagu lagu zaman dulu best dan always evergreen. Nolstagia betul.. “
” Gorgeousssssss, menggamit memori betul.. Sedapnya suaraaaa… xubah macam duluuu.. Suara dia matainnn je..msih cntik jelita mcm dlu..ye lh Dewi remaja kut.. “
Terubat kerinduan peminat untuk mendengar Juliana menyanyi lagi di pentas. KRU benar-benar menggamit memori indah pendengar yang membesar dengan lagu ini. Semoga Juliana terus bahagia dengan kehidupannya kini bersama suami dan anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eidress, ada dia ni komen kat mummy kan, dia cakap you nak mummy lain ke ? ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam auntie Sairah tu muka dia macam arwah.. ” – Thalita


