Connect with us

Artis / Selebriti

” Gitu, sampai dah mati laki aku, tanya lagi.. ” – Ina Naim

Diungkit isu lama mengenai rumah tiada peti ais, jawapan Ina raih perhatian ramai. Tegas dan jawapan yang cukup jelas. Yang tanya tu, sila hadam yer. Berapi telinga dengar ayat Ina tu.. 

Sejurus selepas selesai konsert semi final Talk To My Manager pada hari Ahad yang lalu, Ina Naim dan anaknya, Hadie Elfardie ditemubual oleh beberapa orang wartawan. Banyak soalan yang diajukan dan salah satunya adalah mengenai isu lama ketika Ina hidup bersama arwah Suhaimi Saad.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual itu. Reaksi Ina ketika wartawan menyebut soalan mengenai rumah tiada peti ais membuatkan warganet kagum. Jawapan Ina cukup tegas dan dia bijak untuk mematahkan soalan wartawan.

Hadie juga turut menambah jawapan ibunya itu dan menegaskan mereka sememangnya tidak memerlukan peti ais pada ketika itu. Kehidupan Ina bersama Suhaimi sangat simple dan mereka hidup dengan selesa walaupun pada mata warganet melihat mereka hidup susah.

Ina turut menerangkan suami barunya menyediakan segala keperluan rumah dan ada sebab mengapa dia menerima semua itu. Kesimpulannya, jawapan Ina sudah cukup menjawab segala kemusykilan warganet dan semoga semua boleh paham kenapa dan mengapa Suhaimi membuat begitu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Siapa manusia yang bertanya tu… tak malu ke tanya soalan-soalan yang bodoh ni. Low class betul.. sekolahkan lagi yang tanya tu Ina, sekali ina bagi memang berasap lah telinga.. “

” Bagus Ina, bagikan ajee.. Ape punya soalan laaaa.. Dia xguna peti ais netizen pulak yg sakit.. keluarga dia, suka hati dia lah nk ajar mcm mne pun.. bknla 1 kesalahan besar pun xde peti ais.. haihhh.. “

” Entah apa apa soalan, peti ais la, misai la.. macam budak budak je.. dasar makcik bawang.. sabar lah Ina.. na ni bijak la… di sgt2 behave dan wanita yg taat mengikut kesesuaian masa n tempat.. “

” Suka manager gini, she is a very good mother.. kadang2 soalan diaorg ni bodoh kan… jaga lah hati org.. emmm.. jawapan ina sangat bijak.. “

” Soalan sentivity.. sabar jela kak ina semoga dipermudahkan urusan terbaik buat adik Hadie.. Terbaik Ina dan Hadie.. jln terusss.. Dtglah apa saja kecaman semua dia hadap. Kuat betul jadi ina naim. She amazing.. “

” Kan diaa dah kata sunnah???? Ko pegi tanya lgiii weiii.. Slayyy sgt ina the manager and hadie jawab soalan.. dah besar panjang pun tak ada peti ais,.. terbaik la kak.. haha.. “

” Dia senang la wey .hari2 basuh dobi, mkn kt luar bagai. dulu dia xda peti ais,dia beli sayur- sayuran fresh.. dia xda mesin basuh sbb dia bagi kat jiran..dorang basuh baju kat dobi.. “

Jawapan terbaik dan tegas yang Ina berikan pada semua soalan wartawan. Ketegasan Ina sangat bagus untuk kehidupannya bersama anak-anak. Selepas ini, jangan ditanya lagi soalan sebegini kerana sudah berkali-kali Ina menjawab soalan yang sama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Minyak Herba Asmak

Trending

Copyright © Berita Kopak