Artis / Selebriti
” Geramnya siap tutup-tutup mata. Feel good sangat lah tu yer Rina, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Maryam You Narae, Rina sedang makan Jajang Ramyeon buat ramai geram. Alahai sampai pejam-pejam mata Rina masa makan. Punya lah menikmati makanan yang Omma Rina masak..
Bagi yang mengikuti pempengaruh media sosial, Maryam You Narae, pasti mengetahui yang Maryam suka berkongsi video gelagat anaknya, Rina sedang makan. Terbaru, Maryam sekali lagi memuatnaik video Rina sedang makan Jajang Ramyeon di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video itu, da[pat dilihat Rina yang duduk di kerusi sedang makan dengan penuh berselera. Disebabkan Jajang Ramyeon itu masih panas, Rina makan dengan penuh berhati-hati. Sesekali matanya terpejam seolah sedang menikmati kesedapan Jajang Ramyeon itu.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan melihat Rina makan membuatkan mereka terus merasa lapar dan terliur melihat Jajang Ramyeon yang dimasak oleh Maryam. Selain itu, mereka juga turut terhibur melihat telatah Rina sedang makan.

Sehingga kini, video Rina sedang makan itu telah menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, berselera sungguh Rina. Sememangnya Rina selalu menghargai masakan yang dimasak oleh ibunya.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geramnya siap tutup-tutup mata. Feel good sangat lah tu yer Rina, hehe.. Setiap kali Rina makan, mesti saya tunggu sampai Rina habis makan… Betapa suka nya tengok dia maka.. “
” Sedapnya anak solehah ni makan. Rina, mudah2an jd anak yg solehah, bijak juga sentiasa dilindungi Allah dunia akhirat. Amin Allahumma Amin.. “
” Eeee gerammm tau tgk rina ni, berselera sungguh dia.. Tengok budak comel ni makan buat kita terus rasa laparrr.. Namapk sedap sangat lah.. “
” Mata main peranan.. Aiyo lapar aunty tgk. Rasa nak gi buat indo mee skrg jugak bila tengok Rina makan.. Indo mee pun jadilah, hahahha.. “
” Budak ni kan… tengok dia makan sungguh menyelerakan… Tak apa appetite boleh buat kita nak makan… We are watching her.. So enjoyable…. Rina.. Rina.. “
” Td da kenyang.. Sekarang da laapaaaaaa plak.. Tiber, hahaha.. Kalau tengok video Rina makan, wajib akan rasa terliur.. Kuat betul penangan tengok Rina makan, hahahaha.. “
” Hai lah Rina.. Nanny tgk kamu mkn pun dah terliur.. Aduhai.. Seronok tgk kamu suka mkn… Semoga membesar jadi ank yg solehah yer sayang.. “
Bagi yang suka mengikuti perkembangan Rina sejak kecil lagi, pasti mengetahui Rina memang seorang anak yang tidak memilih makanan. Maryam juga sering berkongsi resepi masakan Korea yang disediakan untuk Rina. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior, maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

