Artis / Selebriti
” Garang betul besday girl, sempat lagi marah dekat kek tu, haha.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Ibu Nubhan Ahamad, Mak Jenny Buat Ramai Terhibur. Amboi Mak Jenny, Bukan Main Garang Lagi. Part Mak Jenny Tengok Kek Tu Memang Kelakar, Terkejut Dibuatnya, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti penyanyi Nubhan Ahamad pasti mengetahui yang Nubhan suka berkongsi video menyakat ibunya yang dikenali dengan panggilan Mak Jenny. Telatah Nubhan dan Mak Jenny sering membuatkan ramai yang tak kering gusi ketawa.
Meninjau di akaun Instagram Nubhan, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Nubhan mengadakan majlis menyambut ulangtahun kelahiran Mak Jenny. Kelihatan majlis diadakan penuh meriah dengan kehadiran para tetamu yang bersama-sama meraikan Mak Jenny.
Menerusi video itu, pada awalnya Nubhan memimpin Mak Jenny untuk ke pentas yang dihiasi dekorasi hari lahir. Ketika sedang berjalan, kedengaran ada suara menyakat Mak Jenny mengatakan yang di hadapan Omak Jenny ada pacat. Reaksi Mak Jenny ketika melihat kek hari lahirnya juga mencuit hati.

Selepas itu, Nubhan meminta para hadirin yang hadir untuk bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Mak Jenny sebelum acara memotong kek. Ketika Mak Jenny memotong kek, Mak Jenny sempat berseloroh mengatakan tidak dapat memotong kerana kek tersebut terlalu keras.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Mak Jenny dan turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepadanya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Garang betul besday girl, sempat lagi marah dekat kek tu, haha.. Tak pernah tak Kelakar Omak Jenny Ni.. Happy Belated Omak Jenny.. “
” Selamat hari lahir Omak Jenny.. Semoga Dimewahkan Rezeki yang melimpah ruah seperti air Zam2 yang deras hendaknya.. “
” Terhibur tau tengok Omak Jenny.. Terus rindu org2 tua kat kg sy mcm Omak Jenny ni lh.. Skrg hnya tinggal kngn.. Semua tak da dah.. “
” Lawa Mok Jenny,hahahaha.. Suko dgr suara Mok Jenny ni.. Kelakar pun ada… Semoga sentiasa sihat & panjang umur Mok Jenny.. “
” Happy birthday omak Jenny, samo tarikh dengan arwah omak saya nk tumpang.. Happy Birthday arwah mak saya.. Semoga mak tenang disana.. Alfatihah dibaca untuk mak.. Rindu mak.. “
” Anak yang Soleh… Meraikan…Tau nak layan Mak.. Alhamdulillah.. Sanah Helwa Omak Jenny.. Semoga diberikan kesihatan yang baik selalu… Aamiinnyarabbalalamin.. “
” Hahahahaha dengan kek pun boleh cari gaduh. Selamat hari lahir Omak Jenny, moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam jgaan Allah. Amiin.. “
Mendengar coleteh Mak Jenny sudah cukup membuatkan orang ketawa. Apa-apa pun masih belum terlambat rasanya untuk kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada Mak Jenny. Semoga Mak Jenny terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nubhan.ahamad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



