Artis / Selebriti
Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Bongsu Datuk Haji Aznil Haji Nawawi, Firdaus Hariz.

Wahhh Tak Sangka Pak Nil Ada Anak Yang Masih Bersekolah Lagi. Handsome Juga Orangnya !!
Nama Datuk Haji Aznil Haji Nawawi sudah tidak asing lagi dalam dunia seni. Lebih mesra dipanggil Pak Nil, Pak Nil sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan sejak dari tahun 1990 an lagi. Pak Nil juga mempunyai pelbagai bakat termasuk sebagai pengarah, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio.
Walaupun begitu Pak Nil lebih menyerlah dalam dunia pengacaraan dan antara rancangan yang membuatkan Pak Nil semakin dikenali ialah Akademi Fantasia, Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil. Pak Nil juga seorang yang sangat komited dalam kerjayanya.
Meninjau ke akaun Instagram, Pak Nil jarang sekali berkongsi tentang keluarganya. Pak Nil lebih gemar berkongsi tentang kerjaya serta isu-isu semasa kepada para peminatnya. Untuk pengetahuan, Pak Nil mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Zauyah Tarmizi.
Mereka ialah Fildza Haifa, Fariq Haizen dan Firdaus Hariz. Antara entri terbaru di akaun Instagram Pak Nil, Pak Nil telah memuatnaik beberapa gambar sekitar sambutan hari lahir anak bongsunya, Firdaus Hariz yang lebih mesra dipanggil Riz.
Jom kita lihat perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CFUufMUHVWQ/
https://www.instagram.com/p/CFVGaIvnVnx/
Riz telah menyambut hari lahirnya yang ke 12 tahun dan Pak Nil telah menempah kek yang sangat unik sekali iaitu berbentuk permainan PS4. Sekali imbas nampak seperti PS4 yang sebenar dan pastinya kej0tan ini menggembirakan si anak.
Pastinya ramai tidak menyangka bahawa Pak Nil masih mempunyai anak yang masih bersekolah rendah lagi kerana wajah Riz jarang sekali ditayangkan kepada umum. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Firdaus Hariz. Semoga terus berjaya dan menjadi anak yang membanggakan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datuk Aznil Haji Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen