Artis / Selebriti
” Fuyoo baru 3 tahun dah selfie cantik.. ” – Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Paparan Gambar Hasil Anaknya, Aafiyah Selfie Sendiri. Amboi Aafiyah, Sejak Nak Bergelar Kakak Ni Dah Pandai Selfie Yer. Macam-Macam Mim1k Muka Ada, Manis Macam Ibu !!
Sebut sahaja nama Aafiyah, sudah pasti ramai terbayangkan wajah manis permata hati Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini. Aafiyah sememangnya sering mencur1 perhatian ramai kerana telatahnya yang ceria dan aktif.
Sekalipun Aafiyah tidak mempunyai akaun sosial sendiri, namun Dato’ Siti sering berkongsi tentang Aafiyah di Instagramnya. Meninjau entry terbaru Dato’ Siti, telah dikongsikan paparan gambar di dalam galeri handphone yang menunjukkan wajah-wajah Aafiyah.
Kata Dato’ Siti, Aafiyah sudah pandai selfie sendiri dan menariknya pelbagai mimik muka digayakan si cilik ini. Amboi Aafiyah anak ibu, dengan rambut mengerbang itu reaksi wajah Aafiyah itu nampak cheeky dan manja.
Muka senyum ada, muka duck face pun ada. Malah muka lucu terjel1r lidah pun diambil oleh Aafiyah ini. Semakin besar, semakin ligat akalnya Aafiyah ini dan gerak gerinya itu mencuit hati. Agaknya apabila adik lahir nanti, lagi banyak gambar selfie bersama adik ye Aafiyah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Comel sahaja muka selfie Aafiyah dan dari mana lagi diwarisi kalau bukan daripada ibunya sendiri. Muka manis dan cantik saling tak tump4h seperti Dato’ Siti. Antara komen peminat yang dapat dikongsikan :
” Aafiyah besar dah, so sweet gambar no 3 tu. Cute girl, pandainya ada part nampak macam ibunya, ada part nampak macam ayahnya.. “
” Pesona bondanya membias ke wajah suci.. ” – Fedtri Yahya
” Itu tandanya Aafiyah dah besar. Cepatnya kan, dah nak jadi kakak. Alahai Siti junior ni, ni memang Aafiyah anak ibu.. “
” Alah alah comelnya, macam macam pesen. Comel sangatlah anak ibu ni. Bijaknya kakak Aafiyah.. Abislah handphone ibu kena h1jack dengan aafiyah.. “
” Fuyoo baru 3 tahun dah selfie cantik. Ada lighting scenery. Lepas ni tiktok tak payah ada kakak lagi dah. Aafiyah dah buat sendiri je.. “
” Pandai buat muka pulak tu setiap gambar. Comel Aafiyah ni. Konon kononnya candid ye Aafiyah. Dah besar la kak yong.. “
” C0py paste tokti betul la. Besar dah kakak Aafiyah, kalah mak dia kalau berselfie haha. handphone ibu nanti penuh gambar Aafiyah.. “
” Ahhaa comel je selfie lepas rambut, dah macam tokti senyum. Mentang-mentang bakal jadi kakak, banyak akal eh.. “
” Tengok lah ibu dia lah. Ibu dia Tokti kan Ratu Selfie kot hehe. Boleh dah challenge ibu selfie lepas ni.. “
Bukan main lagi selfie Aafiyah ni, bijak bermain ekspresi muka sudah. Aafiyah yang sentiasa menyenangkan hati ibu. Semoga Aafiyah sentiasa menjadi anak yang mendengar kata dan berbakti kepada orang tua dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen