Artis / Selebriti
” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
Video Amir Masdi menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Purnama Merindu raih pujian ramai. Versi lelaki paling sedap menyanyi lagu Tokti. Dengan suara serak-serak basah tu, meremang dengar part tinggi..
Sebut sahaja nama penyanyi Amir Masdi, pasti ramai yang mengenalinya. Dikenali dengan suara serak-serak basah yang unik dan penuh emosi, setiap persembahan Amir sering mencuri perhatian ramai. Keistimewaan vokalnya itu membuatkan ramai menganggap Amir sebagai antara penyanyi lelaki yang memiliki suara merdu dan berkarisma.
Terbaharu, menerusi tinjauan di akaun TikTok milik afiiiqaa, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Amir membuat persembahan di sebuah majlis sambutan tahun baru. Kehadiran Amir di majlis tersebut menghidupkan suasana apabila nyanyiannya mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Menerusi video tersebut, Amir menyampaikan lagu Purnama Merindu, sebuah karya ikonik nyanyian asal penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Persembahan itu jelas memperlihatkan keupayaan vokal Amir yang mantap, selain berjaya menghayati lagu tersebut dengan gaya dan sentuhannya yang tersendiri.

Nyanyian Amir itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang memuji kelunakan suaranya serta menyatakan lagu itu sangat sesuai dengan karakter vokal Amir. Tidak kurang juga yang mengakui meremang dan tersentuh mendengar persembahan berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
@afiiiqaa sedapnya amir cover lagu purnama merindu 🫠🫠 @Siti Nurhaliza #amirmasdi #newyear #happynewyear
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia sapu clean bai lagu ni, part low note memang sedap do’oh..Amir ni cover lagu Ella sedap, lagu Tokti sedap, lagu sendiri pun sedap.. “
” Amir mmg dh lama best cuma dia blm betul2 dapat sokongan semua…. Tak tau camne nk explain..Pls your eyes n give full support to Amir.. “
” Amir ni nyanyi lagu org pun jd lagu dia. Sedap ammaatt.. Pls nanti rakam lagu dengan Tokti nyanyi lagu raya.. “
” Dia ni bg la lagu apa pun sumpah best.. Suara dia yang serak2 basah tu, fuhhhh meremang dengar dia bawa lagu ni.. “
” Seblm ni minat sikit jer tp lps tgok depan2 Amir nyanyi..sedap betul.. Terus jd peminat no 1 Amir Masdi tau, hehe.. “
” Dah mcm lagu sendiri.. Sedap betul Amir bawak lgu ni.. Dia patut nanti dijemput di konsert Datuk Siti, menyanyi sama2, memang ngam lah.. “
” Juara AF kottt memang powerrr.. Sedap betul suara Amir bawa lagu ni versi dia sendiri.. Lain dari yang lain.. “
Persembahan Amir Masdi itu sekali lagi membuktikan bakat dan kualitinya sebagai seorang penyanyi berbakat besar. Dengan sokongan padu peminat dan konsistensi dalam menyampaikan karya berkualiti, tidak mustahil nama Amir akan terus kekal relevan dan bersinar dalam industri muzik tanah air pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok afiiiqaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti5 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

