Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Alha Alfa makeup anak Sharifah Shahirah, Oddah buat ramai terpegun. Hasilnya memang wow sangat, lepas makeup terus dah tak kenal Oddah. Berbeza sungguh, cantik betul.. 

Bagi yang gemar mengikuti jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa, pasti mengetahui bahawa beliau sering berkongsi video menyolek selebriti di Malaysia. Setiap hasil sentuhan tangannya bukan sahaja menonjolkan kecantikan, malah memberi inspirasi kepada ramai yang meminati dunia solekan. Tidak hairanlah setiap perkongsiannya sering menjadi perhatian warganet.

Terbaharu, menerusi akaun Instagram miliknya, Dato’ Alha telah memuat naik sebuah video yang memaparkan beliau menyolek anak perempuan kepada pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Oddah. Gelagat Oddah menerusi video tersebut turut mencuri perhatian ramai dengan personalitinya yang ceria dan bersahaja.

Apa yang lebih menarik, solekan yang dipilih oleh Oddah adalah bertemakan “Crystal Smoked Muse”. Tema ini menampilkan gaya yang elegan dengan sentuhan glam yang menyerlah dan menaikkan seri wajahnya. Gabungan warna dan teknik yang digunakan jelas memperlihatkan kepakaran Dato’ Alha dalam menghasilkan solekan yang unik dan memukau.

Sepanjang proses solekan itu, dapat dilihat keserasian antara Dato’ Alha dan Odda yang saling berinteraksi dengan penuh mesra. Suasana yang santai dan menyeronokkan membuatkan video tersebut bukan sahaja menarik untuk ditonton, malah memberi pengalaman yang menghiburkan kepada penonton.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. Cantik betul, terus tak kenal muka Oddah yang asal.. Hehehee power.. “

” Impress giler dato..solekan mata dia lawa betul.. Setiap video makeup Dato memang teruja betul tengok tau.. “

” Tgn magisssss sgt dato.. Udah rupa omak mu zaman muda odah oiii.. Cantik, manis, nampak sopan sangat.. “

”  Bila sebut ‘kau nampak tak bibir odahh’… laaaa ODAHHHH RUPAnya … Lain terus muka lepas makeup, haha.. “

” Odah dh mcm ank patung.. Jari lawa runcing je.. Bibir comei ikot paknye.. Cantik manis oddah ni… Terpesona tengok.. “

” Bapak ah. lawaaaaa gilezzzz.. Cantiiikkk sesuai utk budak2 gent Z la.. Pandai betul dato makeup, superrrr betul.. “

” Lurveeee laaa oddaaaaa.. Dah macam pengantin.. cantikkkkk sgt…. Nmpak class gila pakai tudung makeup pun on le jd model hijab hahahha.. “

Selain itu, warganet juga memuji hasil solekan tersebut yang dianggap sangat cantik dan sesuai dengan wajah Odda. Ramai juga yang kagum dengan kreativiti Dato’ Alha dalam menampilkan konsep berbeza setiap kali berkarya. Perkongsian ini sekali lagi membuktikan bahawa sentuhan seorang jurusolek profesional mampu menyerlahkan keunikan setiap individu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alhalafa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

 

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak