Connect with us

Artis / Selebriti

” Fuhh, aura dia bukan kaleng-kaleng, handsome. Betul-betul vibe Hero Remaja ni.. ” – Komen Netizen

Gambaran anak Ina Naim, Hadie versi AI ketika berusia 20 tahun yang disunting oleh peminat curi perhatian ramai. Wah kalau betul ni, confirm ramai peminat. Handsome dan macho habis Hadie, mesti ramai perempuan cair..

Anak kepada pasangan selebriti, Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Hadie kini semakin mencuri perhatian ramai. Seiring dengan peningkatan usia, personaliti serta keyakinan diri yang ditonjolkan oleh Hadie membuatkan namanya semakin meniti di bibir peminat.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik zousimina, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gambaran wajah Hadie menggunakan teknologi AI ketika usianya mencecah 20 tahun ke atas. Menerusi gambar tersebut, kelihatan Hadie begitu tampan sambil bergambar selfie di dalam sebuah lif.

Perkongsian berkenaan telah menarik perhatian ramai warganet. Rata-rata berpendapat yang Hadie memiliki wajah yang sangat kacak dan tidak mustahil apabila meningkat dewasa kelak Hadie bakal mempunyai ramai peminat serta popular dalam industri seni tanah air.

Selain memiliki raut wajah yang manis, Hadie juga sering mendapat pujian kerana sikapnya yang sopan dan matang walaupun masih muda. Ramai yang memuji cara dia membawa diri sebagai anak kepada pasangan selebriti terkenal, malah ada yang mengatakan Hadie mewarisi aura dan bakat kedua ibu bapanya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

@zousimina

Nah gambaran Adi tak lama lagi era 20 tahun keatas. 😝@ADI? #hadie

♬ suara asli – น่าเกลียด – น่าเกลียด

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Fuhh, aura dia bukan kaleng-kaleng, handsome. Betul-betul vibe Hero Remaja ni..  Silap2 nanti jadi model terkenal.. “

” Dia ni kalau buat badan bagi ada muscle sikit takyah ketul2 sangat pun.. Memang elok dah.. Kita yang tua2 tengok pun cair ni.. “

” Hadie ni, yg nampak & buat dia HANDSOME adalah keperibadian dia, adab dan akhlak yg terbaik yg Arwah abahnya asuh & didik menjadi manusia sempurna.. “

” Saya suka tengok cara dia bawa diri walaupun masih muda. Tak over, tak menunjuk, tapi tetap nampak beradab dan sopan. Anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, memang nampak dari gaya dan senyuman dia tu.. “

” Fuhh kalau AI pun dah segak macam ni, tak sabar nak tengok real life Hadie bila besar nanti.. Memang ada rupa bintang, senyum dia pun manis sangat.. “

” Hadie ni kalau masuk industri hiburan nanti, confirm ramai peminat perempuan! Wajah dia bukan sekadar kacak, tapi ada seri lembut dan tenang yang menyejukkan mata memandang. Macam pelakon K-drama versi Malaysia gitu.. “

” Setiap kali tengok gambar Hadie, terus rasa macam tengok gabungan dua dunia, ketampanan dan keperibadian.. “

Kacak sungguh gamabran Hadie versi umur 20 tahun. Apa-apa pun, semoga Hadie terus membesar sebagai anak yang berbakti, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan menjadi kebanggaan buat keluarga serta peminat yang sentiasa menyokongnya.

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok zousimina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Dancing Optopus

Trending

Copyright © Berita Kopak