Connect with us

Artis / Selebriti

” First dia masuk lagu ni aku dah bergenang air mata.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hadie menyanyikan lagu Suatu Masa yang begitu menyentuh hati di konsert ke 5 Talk To My Manager raih perhatian ramai. Sedapnya tone suara Hadie menyanyikan lagu M. Nasir ini, penuh penghayatan..

Meninjau ke akaun Instagram F8Buzz, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ehmad Hadie Elfardie atau Hadie menyanyikan lagu M. Nasir berjudul Suatu Masa telah meraih perhatian ramai. Cukup menyentuh hati persembahan Hadie pada minggu ini.

Hadie yang merupakan anak kepada Ina Naim ini mempunyai tone suara yang cukup sedap sebagai penyanyi lelaki. Di awal permulaan lagu lagi sudah menyentuh hati apabila Hadie mengeluarkan suaranya. Cukup sedap lagu ini dalam versi Hadie.

Namun ketika sesi penjurian, ada juri yang menegur gaya Hadie seolah-olah dibuat-buat untuk merasa sedih. Berbeza jika dilihat pada ruangan komen, ramai penonton sememangnya berasa sebak apabila mendengar Hadie menyanyi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai berharap agar Hadie mampu bertahan sehingga ke final kerana ramai yang menyukai tone suara Hadie yang lunak dan merdu.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Hadie suara sedap. tapi kenapa tah silapnya selalu dapat bottom.. and dia steady. walaupun nyanyi lagu arwah ayah dia ka x pernah pn nk emosi bagai.. “

” Jgn keluarkan hadie ni suara dia sedap tone best cuma kena bljr jgn kaku sgt je atas stage kena lebih rileks..all the hope sampai final.. “

” Hadie dh ok cuma Mak dia Tu kena control skit. sedap bawak dgn feel lagi boleh kata dia buat2 nangis dan berlakon….kau ni nak suh budak tu nyanyi kaku ke apa sebenarnya kehendak juri ni… “

” Sebab tu aku ckp ac tu x layak jadi juri ttm ni….program raja lawak tu selayaknya utk ac…. Paknil jgk yg memahami dan backup…. “

” Best apaa dia nyanyiii feel nape juri ttiberrr kata xfeel … erghhhhh.. First dia masuk lgu ni aku dh bergenang air mata.. walhal aku tgh masak megi perut lapar.. “

” Knapa juri kata dia bust2 nangis? Aku dgr dia start nyanyi pun ada rasa sebakk. Yg sorg lg peserta tu, lg x fhm knapa dia nangis sbb lgu tu x sedih pun  hatt ni juri kata di buat2.. “

” Hope sampai final rasa hadie ni je nmpk jujur dlm persembahan ..kena lebih rileks atas stage suara dah sedap. Dah mula rasa n nampak juri masing2 ada peserta favorite.. rasa x adil untuk diaorg.. “

Pada minggu ini Hadie telah mendapat tempat ketujuh daripada lapan kedudukan. Diharap pada minggu hadapan Hadie tidak tersenarai di antara kedudukan tercorot lagi. All the best buat Hadie dan lakukan yang lebih baik pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG f8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak