Connect with us

Artis / Selebriti

” Fazura yang dapat bunga, kenapa aku yang senyum malu wei.. ” – Komen Netizen

Video Que Haidar memberikan kejutan sejambak bunga pink untuk Fazura buat peminat teruja. Alahai muka Faz malu-malu dapat bunga. Sweet sangat Que ni, bersemut semua tengok gelagat FazQue.. 

Nama Fazura dan Que Haidar terus hangat diperkatakan oleh wargamaya. Kemesraan mereka sebagai rakan sekerja menyenangkan hati ramai orang. Malahan warganet turut mencipta beberapa hashtag untuk pasangan ini antaranya FazQue dan QuemelaFaz.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan satu video terbaru Fazura dan Que. Satu kejutan yang istimewa diberikan oleh Que untuk Fazura dalam video ini. Que membawa sejambak bunga ros berwarna pink untuk diserahkan kepada Fazura.

Reaksi wajah Fazura ketika melihat Que datang bersama jambangan bunga itu membuatkan hati warganet turut berbunga-bunga. Sudah lama warganet tidak melihat Fazura tersenyum bahagia seperti ini. Fazura pada awalnya tidak percaya jambangan bunga itu untuk dirinya.

Kata Que, kerana Fazura setuju untuk keluar ke bazaar Ramadhan bersama-sama, jambangan bunga ini adalah penghargaan untuk kesudian Fazura itu. Semua yang berada di situ tersenyum melihat gelagat Fazura dan Que. Que memang seorang yang gentleman dan mendamaikan hati.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ala comelnya diorang n.. sweet la korang.. AllahuAkbar. Faz happy kita pun sama happy. Tq the_haidars buat kesayangan kita missfazura happy. Moga apa jua hubungan kalian (sekadar kawan/ sahabat atau …) agar sentiasa dalam peliharaanNYA.. “

” She deserves all the happiness in the world. She’s been strong for so long.. Pandai yer bagi Fatima bunga dulu then baru Mummy Fatima. Apa pun, happy bila tengok dorang happy. Bahagia cara mereka.. “

” Kenapa aku yg berdebar2, tersenyum2, tersengih2, blushing teruk ni mcm kambing ni…yg dpt pink roses si Fazura.. “

” Allahuakhbar… baru lepas solat asar tiber tertengok video ni knp aku rasa bahagia sgt melihat adegan Faz malu2 happy ni. Suka tengok faz happy camni.. “

” Ya Allah, aku nagis, nagis sbb rasa jugak bahagia tu, ya Allah kekal kan senyum manis missfazura.. seorang wanita bahagia….seluruh wanita juga bahagia.. “

” Fazura yg dpt bunga, knape aku yg sennyum2 malu weiii … hahaha.. nak jerit boleh takk.. sedih, sebak, happy semua ada. she deserve it.. “

” Arrrr blushing teruk, nape saya yang sengih ni. adoiii u deserve to be happy darling.. Si Gentleman dan Si Cantik Manis.. alahai manis sungguh harini.. kaka faz dah la suka bunga pink.. tq sebab make she happy today.. “

Merah muka Fazura menahan rasa malunya kerana mendapat kejutan sebegini daripada Que. Tumpang bahagia dan sebak warganet kerana sekian lamanya, baru dapat melihat Fazura bahagia seperti ini. Semoga segalanya yang baik-baik untuk Fazura dan Que.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jakel Textile  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak