Artis / Selebriti
” Faz pun dah pandai main kenyit mata. Sweet dan comel pula tengok, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Fazura menyakat Que Haidar ketika sesi photoshoot buat ramai terhibur. Amboi-amboi, kuat menyakat betul Faz sekarang. Tak keruan Que tengok Faz kenyit mata macam tu, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik cutieangely1, telah dikongsikan video yang memaparkan Fazura dan Que Haidar sedang menjalankan sesi photoshoot bersama untuk butik Jakel. Namun apa yang paling mencuit hati adalah telatah Fazura yang kelihatan gemar menyakat Que sepanjang sesi tersebut berlangsung.
Menerusi video itu, Fazura dilihat sempat mengenyitkan mata kepada Que yang sedang membetulkan sampin yang dipakainya. Reaksi Que yang seolah-olah terkejut dan tidak keruan dengan tindakan Fazura itu membuatkan suasana menjadi lebih santai dan mencuit hati.
Tidak lama kemudian, Que juga dilihat membalas kenyitan mata tersebut kepada Fazura. Aksi spontan mereka berdua menghiburkan ramai. Suasana di lokasi photoshoot tersebut turut menjadi lebih meriah apabila kedengaran rakan-rakan yang berada di situ turut sama ketawa melihat telatah Fazura dan Que itu.

Seloroh warganet, mereka tidak menyangka Fazura seorang yang kelakar dan gemar menyakat orang. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@cutieangely1 Ehhhhhhh😉😂 #fazura #quehaidar #quelafazz #foryou
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Faz pun dah pandai main kenyit mata. Sweet dan comel pula tengok, hehe.. Ni lh orang tua² ckp mula² main kenyit mata, last jatuh cinta.. “
” Que tercengang faz main kenyit2 mata kat que.. Faz ni diam2 memang kelakar betul perangai dia, haha.. “
” Kembali seperti cinta monyet menyakat sambil ada hati, hehehe happy ja tengok mereka.. Mana tahu kan kalau ada jodoh betul nanti, hehe.. “
” Boss jakel tak nampak..so dia tanya org lain kenapa.. Kalau tak boss jakel tulah paling kuat buat video, hahahaha.. “
” 2 jam sy stuck d sini.. Entah berapa ratus kali sy play video ni.. Pastu senyum sorang2.. Lama2 gila rasanya haha.. “
” Haishhh pasaipalah kalau bab orng tua2 ni bila bercinta sweet dia lain macam eaaa.. Kalah kita yang mude2 ni, he.. “
” Sweet lah, aku pn terikut ketawa tgk gelagat meka dua ni… Haisss.. Faz saja kacau Que tak bagi fokus.. Hahaha.. “
Apa-apa pun, perkongsian video ini menghiburkan ramai dan menunjukkan sisi santai Fazura dan Que ketika bekerja. Walaupun sedang menjalani sesi photoshoot, mereka tetap sempat bergurau sehingga mencuit hati para peminat yang menonton.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cutieangely1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

