Artis / Selebriti
” Fattah Amin tengok mesti dia pun senyum-senyum. Lawak Cik Semah ni.. ” – Komen Netizen
Video respon ibu Umie Aida, Cik Semah ditanya mengenai Fattah Amin buat warganet terhibur. Boleh tersedak Fattah banyak kali Cik Semah sebut nama dia. Terbahak dengar ayat-ayat Cik Semah tu..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pamaksemah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi live ibu kepada Umie Aida yang dipanggil Cik Semah. Cik Semah sememangnya seorang yang sporting dan selalu melayani semua kerenah anak-anaknya.
Menerusi video ini, menantu Cik Semah bernama Nurul bertanyakan kepada Cik Semah mengenai Fattah Amin. Cik Semah ditanya minat atau tidak dengan Fattah. Kata Cik Semah, dia meminati Fattah seperti anak sahaja. Cik Semah yang ketika itu sedang membancuh minumannya ketika itu ada membaca satu zikir sebelum minum.
Zikirnya berbunyi Ya Fattah Ya Rahman Ya Rahim dan Cik Semah berseloroh mengatakan jangan orang menyangka dia menyebut nama Fattah pula. Risau nanti dikatakan dia orang tua tapi mahu minum pun disebut-sebut nama Fattah Amin.

Nurul yang mendengar jawapan Cik Semah ini hanya mampu tergelak sahaja. Part ditanyakan umur juga kelakar jawapan Cik Semah. Tolak sana dan tolak sini, 18 tahun umurnya, lagi terbahak Nurul gelak. Boleh tahan lawak dan kelakar Cik Semah ini, patut lah anak-anak pun ceria mengikut sikap mak mereka.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@pamaksemah Jom masuk live🤣🤣🤣 #sembangciksemah #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #prebiotics #probiotics #manisahmixberry
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Lebih 18 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fatah amin tengok mesti dia pun senyum-senyum.. comey mk cik semah nie.. masing2 dah kena badi Fattah, sampai Mak Semah pun tersampuk sama.. “
” Cik Semah ni idea dia tu banyak sungguh naa.. sakit perut aku ketawa dengan cik semah ni.. tersedak fattah haha.. “
” Lawak la cik semah ni, comel nau.. pandai cik semah buat lawak, ulang ulang saya tengok video ni.. “
” Ya Fattah… Ya Rahman…. tak pasal jee nama fattah kena petik… naya jee mak kan… mak.. mak.. “
” Aku ulang 2 kali tengok celoteh cik semah.. tersenyum sorang sorang.. lawak la mak semah ni, terhibur saya.. “
” Orang tua memang random lawak dia, spontan.. tersembur nenas dalam mulut saya.. cik semah minat Fattah Amin sangat ni.. “
” Duduk serumah dgn cik semah tk kering gusi lah jawabnya.. asyik duk gelak je.. memang kelakar.. ya fattah bukan fattah amin ye guys haha.. “
Ada yang ingat Cik Semah sedang bersembang dengan Betty, namun rupa-rupanya dengan menantu Cik Semah bernama Nurul.

Bukan hanya anak-anak Cik Semah yang kelakar, ibunya lagi berkali-kali ganda kelakarnya. Terhibur semua warganet yang menonton video Cik Semah ini. Apa-apa pun, semoga Cik Semah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa ceria dan menghiburkan semua dengan celotehnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pamaksemah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

