Connect with us

Artis / Selebriti

” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen

Video persembahan battle Hadie dan Marsya di konsert Final Talk To My Manager raih pujian ramai. Fuh meremang dengar paduan suara Hadie dan Marsya. Gempak sangat, macam dah lama jadi pasangan duet walhal baru kali pertama.. 

Konsert Final Talk To My Manager semalam berjalan dengan lancar dan semua peserta memberikan persembahan yang terbaik. Baik untuk persembahan solo, mahu pun pusingan battle bersama pasangan, persembahan kesemua peserta mendapat sorakan yang gemuruh daripada penonton di MBSA.

Salah satu pasangan battle yang dinanti-nantikan ramai adalah Hadie dan Marsya. Pasangan ini mendapat tugasan untuk membawakan lagu Dealova dan Rapuh. Suara Marsya yang lunak merdu sangat sesuai dengan lagu Dealova dan Marsya membawa lagu ini dengan lenggoknya yang tersendiri.

Hadie juga tidak menghampakan dan suara maskulinnya sehingga membuatkan ramai yang terpesona. Hadie ada auranya yang tersendiri dan apabila digandingkan bersama Marsya, semakin menyerlahkan lagu kekuatan vokal Hadie. Ramai yang bersetuju duet Hadie dan Marsya paling terbaik semalam.

Tidak hanya penonton yang terhibur dengan persembahan Hadie dan Marsya tetapi juga juri tetap, Dato’ AC Mizal, Che Puan Sarimah dan juri jemputan, Datuk Syafinaz memuji keserasian antara Hadie dan Marsya. Bak kata mereka, Hadie dan Marsya seperti pasangan duet yang sudah lama bersama.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Serius sedap dan balance suara feminine dan maskulin.. duet paling tenang ni.. mereka. berdua bersatu sangat sedap. x jemu dngar suara hadie.. “

” Tak sangka kan jadi sedap. Dah macam version duet bukan battle. asal rasa tenang je dgr duet ni.. smooth n soothing je.. dgn tema tu, both delivered this songs too good.. “

” Dah rasa macam tengok konsert dorang.. lagi sedap dari penyanyi asal dorang ni nyanyi.. Low note hadi dengan marsya punya belting.. perfect.. “

” Sumpah duet ni paling best.. Hadie suara romantic nya sedap nya hadie.. Sampsi ke hati lagu dan suara hadi, ada sebak dalam hari.. “

” Pada I Mlm tadi duet ni paling best!Marsya sedap betul dia bawa lagu dealova and hadie pun bawa lagu rapuh tu jelas and sedap betul. even Dato syafinaz pun ckp diaorg habis kam lagu dgn sempurna.. “

” Epic performance, Well done marsya and hadie.. meremang dengar, Hadie ni suara jantan2 penyanyi Malaysia tak ramai suara mcm ni.. “

” Hadie start nyanyi je bulu roma meremang, sdp betul suara hadie bwa lagu ni, terasa sampai ke jiwa. combine pulak dengan suara merdu Marsya, memang perfect.. “

Pasangan battle yang saling support antara satu sama lain dan menyempurnakan lagu yang mereka nyanyikan. Satu kombinasi yang cukup sempurna dan harmoni. Semoga Marsya dan Hadie boleh digandingkan lagi pada masa akan datang.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, Tiktok f8buzz   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

MUA Bellaz Liptint
Outlet Extender

Trending

Copyright © Berita Kopak