Artis / Selebriti
” Emosi mak-mak bila anak mula sekolah, feeling tu sampai hantar anak masuk U nanti.. ” – Komen Netizen
Video hari pertama anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq pergi ke sekolah raih perhatian ramai. Steady je Bunga masuk sekolah, mummy pula yang menangis..
Anak kepada pelakon Elisya Sandha, Bunga Elhaq sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila momen hari pertamanya ke sekolah dikongsikan di media sosial. Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dan terharu dalam kalangan peminat yang turut mengikuti perkembangan si kecil ini sejak bayi.
Elisya meluahkan rasa syukur melihat Bunga kini sudah melangkah ke alam persekolahan tadika. Masa berlalu terlalu pantas dan perasaan yang hadir sukar digambarkan, apatah lagi apabila ramai yang menyayangi satu-satu puterinya itu.
Elisya turut memanjatkan doa agar anak kesayangannya itu membesar menjadi anak yang bijak, berjaya dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Video yang berdurasi seminit ini memaparkan Bunga sangat bersedia untuk pergi ke sekolah.

Menerusi perkongsian itu, Elisya turut dilihat sebak melihat puteri kesayangannya melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali. Jelas terpancar perasaan terharu seorang ibu apabila menyedari masa berlalu begitu pantas terutamanya Bunga merupakan anak sulung Elisya.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen positif serta doa-doa baik buat Bunga Elhaq. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mesti Bunga pelik. Nape semua org mcm sedih dia nk g school. Dah gi school bunga…semoga terus berjaya. Aamiin.. “
” Ank first,normal mk yg nangis..mcm aku la,nangis sedu² tgk ank melangkah naik tangga sklh Alaaa jadi sedih…. Big girl dah baby auntie nii .. “
” Kakak dah besaq & mula sekolah . Good luck kakak Bunga, Semoga bunga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.. Good Luck Bunga .. “
” Good girl bunga.. x nangis, happy kan dpt kwn ramai.. Dah sekolah bunga, skolah belajar pandai2 ye, Semoga Allah permudahkan segala urusan Bunga.. “
” Bunga ok je mummy, yg tak okey nya mummy. Emosi mak2 bila ank mula dh sek kn.. bunga dh besar dh semoga jadi ank soleha ye…amin…amin… “
” Itu laaaa kan anak masuk sekolah mommy yg akan emo !!! Sama laaa kita sis .. Kadang tu anak2 okay ja tp mak2 yg terlebih emosi & terlebih overthinking.. “
” Masyallah bunga..comelnya. its ok mommy, cry je..feeling tu sampai hntr anak masuk U nnti Semoga bungaelhaq bljr elok2..jadi anak yg solehah cemerlang bermanfaat.. “
Semoga Bunga Elhaq terus membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan berjaya dunia akhirat. Moga setiap langkah kecilnya ke alam persekolahan ini menjadi permulaan kepada masa depan yang penuh keberkatan dan kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

