Connect with us

Artis / Selebriti

” Eidress, ada dia ni komen kat mummy kan, dia cakap you nak mummy lain ke ? ” – Anzalna Nasir

Video Anzalna Nasir mengadu kepada anak-anaknya terima komen bertanya adakah anak-anaknya mahukan ibu lain. Respon yang diberikan oleh Eidress dan Emirhan buat ramai terhibur. Tak sangka anak-anak jawab macam tu, memang padu sangat. Seronok Anzalna dengar, haha..

Meninjau di akaun Instagram milik bazar madu 3, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelakon Anzalna Nasir sedang membuat live di akaun TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, Anzalna menerima satu komen daripada seorang individu yang bertanya sama ada anak-anaknya pernah meminta untuk mempunyai ibu baru.

Membaca komen berbaur sinis itu, kelihatan Anzalna seakan menahan sabar, namun masih mampu menjawab dengan nada bersahaja dan lawak. Malah, Anzalna turut memanggil anak-anaknya, Eidrees dan Emirhan, untuk ‘mengadu’ mengenai komen berkenaan.

Kedengaran Eidrees seperti marah dan terus menjelaskan bahawa dia dan adiknya, Amirhan tidak mahu ibu baru. Alasan yang diberikan adalah nanti bosan. Mendengar jawapan spontan anak-anaknya itu, Anzalna tidak dapat menahan ketawa. Perkongsian video ini menarik perhatian ramai.

Ramai memuji cara Anzalna mengendalikan situasi tersebut dengan tenang, di samping memuji kecomelan dan ketegasan anak-anaknya dalam menjawab soalan yang tidak dijangka itu. Gelagat mereka sekeluarga sememangnya sering menceriakan warganet.

Tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur mendengar jawapan yang diberikan oleh anak-anak Anzalna. Antara komen-komen menarik adalah :

” Anak-anak dia memang function setiap masa, haha.. Kelakar lah Anzalna ni. Tgk mimik muka dia, jelingan dia. Senyum sorang² aku.. “

” Anak lelaki mmg backup kuat mummy.. Semalam memang kelakar.. Mata dia menahan je dr baca komen zulfili tu.. “

” Anak sholeh betuii. Sebab tu Allah kata anak lelaki mmng akan backup mama lbih.. Bagus betul Eidress n Emir.. “

” Bgusnya ank2 dia… Ank sy, “mama mrah lg la biar cpt tua senang papa cri yg lain”.. Sy dlm hati berapi je rasa, laki sy siap gelak.. “

” Hari tu Afiyah yang ni Zulkifli plak.. Semalam layan live Anzalna sampai tengah malam, mengekek gelak tau tengok.. “

” Saya suka btl dgn Anzalna ni.. Suka tgk dia layan ank dia.. Lps Tu kelakar pun.. Tgk cara ckp pun aku dh gelak.. Hihihi.. “

” Hahahaha  i takleh la dorang ni..  Anak2 dia kecik2 pun dah pandai sweettalk.. Kita dengar pun rasa best weh.. “

Apa-apa pun, momen spontan ini benar-benar menghiburkan dan membuat ramai tersenyum. Semoga Anzalna serta anak-anaknya terus dilimpahkan kebahagiaan, kekal ceria, dan sentiasa menghiburkan peminat dengan telatah mereka yang comel dan mencuit hati.

Silakan SHARE..

Sumber :IG bazaar_madu_3, anzalnanasir88, TikTok anyss205

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by AS
Bella Park Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak