Artis / Selebriti
” Drama betul tahu cucu Oma ni.. ” – Maslinda Yusoff
Video Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Meminta Biskut Suji Buat Peminat Terhibur. Ekspresi Muka Dengan Suara Merengek Manja Sebut Nak Tu Comel Sungguh. Pandai Betul Berdrama Isaac Ni !!
Sebelum bulan Ramadhan berakhir baru-baru ini, pelakon Zahirah Macwilson bersama Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees telah pun berlepas ke Australia untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga Zahirah.
Banyak video dikongsikan oleh Zahirah sepanjang berada di sana dan tidak ket1nggalan juga suasana ketika pagi hari raya. Meninjau akaun Instagram Zahirah, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Isaac yang ingin makan biskut raya.
Dek kerana Isaac terlalu menggemari biskut Suji buatan Oma nya, kata Zahirah sebalang biskut tersebut dihab1skan oleh Isaac. Makan tanpa hent1 setiap hari, memang licin lah biskut kegemaran Isaac ni. Apatah lagi air tangan Oma semuanya sedap-sedap belaka.

Dalam video ini, Zahirah merakam gelagat Isaac yang merengek meminta diambilkan biskut tersebut. Pelbagai ekspresi wajah dan rengekan Isaac dapat dilihat dalam video tersebut. Sudah jadi drama raya pula ye, Isaac dan biskut Sujinya.
Jom tonton video di bawah :
Ini pula posting terdahulu yang memaparkan gelagat Isaac menghiburkan hati semua ahli keluarga Zahirah ketika bermain di rumah. Pandai Isaac menjaga hati, kaki belum mencecah lantai sudah ligat kakinya tak sabar hendak berlari. Memang pandai drama si cilik ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zahirah ini telah menarik perhatian ramai peminat. Kelakar juga Isaac ini, pandai berlakon lagi asalkan biskutnya dapat dimakan. Antara komen-komen peminat :
” Drama betul tahu cucu Oma ni.. ” -Maslinda Yusoff
” Hahaha classic actor like his parents. LOL So dramatic ay. Tak sabar nak tengok episod 2 drama raya Isaac.. “
” Alolo so cute buat orang ger4m je Isaac ni. Isaac mewakili perempuan bila dapat makanan haha.. “
” Epic betul, pelakon cilik natural betul. Clever boy, dia minat betul biskut suji Oma dia. Yang lain dia tak mahu haha.. “
” Aaawwww but this drama’s tooo cute to watch , onty n oncle adore u so much pumpkin. Comel je dia sebut nak ni.. “
” His baby talk is so cute. Kelakar lah Isaac ni, kuat berdrama jugak. Pel4t pel4t pun cute, last last dapat juga biskut sujinya.. “
” Hab1s drama Isaac lakonkan semata-mata nak suruh mommy bukakan balang biskut suji haha. Bijak-bijak, merengek manja betul.. “
” Terhibur tegok aksi Issac ni. Suka biskuit Oma buat er. Anak pintar ni. Isaac kuat drama eh.. “

Zahirah pun gelak sahaja sambil merakam gelagat anaknya itu. Peminat biskut suji Oma nombor 1 ni, nanti Oma kena bagi bekalan lah untuk Isaac sebelum pulang ke Malaysia. Apa-apa pun, happy selalu Isaac dan enjoy masa bersama Oma di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nur Kasih terbitan terbaru ni. Sedapnya suara 3 orang ni, memang gifted.. ” – Komen Netizen


