Artis / Selebriti
” Doc punye sinopsis memang penuh gaya eh. Geram je baca ni, rosak drama, haha.. ” – Netizen
Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Kongsi Sinopsis Drama Rindu Kasih 2 Buat Warganet Terhibur. Punya Lah Beria Baca Sampai Ke Akhir Ayat, Sekali Kena Gula-Gula Dengan Dr Izzar. Tak Pernah Tak Lawak Lah Kapsyen Dr Izzar Ni !!
Suami kepada pelakon versatile, Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari antara yang dikenali ramai. Seorang suami yang selalu menyokong karier isteri, Dr Izzar sering berkongsikan di media sosialnya drama lakonan Ummi bersama kapsyen yang menggeletek hati.
Meninjau akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar rasmi untuk drama Rindu Kasih 2 yang bakal bersiaran pada 13 Feb nanti. Drama ini pernah menjadi fenomena dan antara drama air mata yang berkesan yang dilakonkan oleh Ummi.
Jika sebelum ini Dr Izzar berseloroh tentang cadangan untuk syarikat pengeluar tisu, kali ini Dr Izzar menjadi penulis skrip pula. Memandangkan hanya berbaki seminggu sahaja lagi drama ini akan bersiaran, Dr Izzar berkongsi sinopsisnya yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat drama ini.

Pada awal penulisannya seperti benar sinopsis tersebut tetapi apabila sampai ke ayat Megah Holding, baru ramai perasan Dr Izzar buat perangai g1la-g1lanya kembali. Memang berdekah lah membaca sinopsis Dr Izzar sampai ke akhir. Ada sahaja idea Dr Izzar membuatkan ramai terhibur.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebenarnya salina berkahwin dgn seorang doktor… doktor yg kelakar dan suka bergurau di instagram.. ”
” Adoi… tekunnn ku baca.. sekali ade megah holdings.. cehhhh.. tipah tertipu.. Perghhhh… sinopsis yg direka2 hishhhla haiiiii geghammmm daku.. ”
” Tak pernah tak kelakar doc ni. Penuh feel kita baca haha.. meninggalkan rumah dengan penuh gaya, tak menahan betul ayatnya haha.. ”
” Baca dgn penuh perasaan ni tgok2 eh mcm pelik.. alamak baru tngok nama doc teruss xjdi baca smpai hbis haha.. ”
” Punya la beria aku baca, sinopsis reka rupanya. Semangat kita baca. Fuh keluar rumah terus jadi CEO.. sinopsis paling kelakar pernah baca.. ”
” Boleh tukar jadi script writter pulak lepas ni dr. Rosak drama ni dapat dekat dr Izzar haha.. tak tergambar jalan cerita sinopsis tersebut.. ”
” Doc punye sinopsis mmg penuh gaya ehh.. geram je baca ni.. Awal2 baca tu ingt betul dh.. sekali tgk ada megah holdings tuu tau dhhhhh haha.. ”

Kelakar sungguh pemikiran seorang doktor apabila membuat sinopsis sendiri. Kalau betul-betul menjadi penulis skrip, mahu tunggang terbalik drama ni jadinya, hehe. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan Dr Izzar dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen



