Artis / Selebriti
” Dia tersilap sangkut weh, aku nak pakai macam ni ka masuk.. ” – Pak Azad
Video Pak Azad memakai baju dan seluar berlainan warna ketika menghadiri ke satu majlis buat ramai terhibur. Gara-gara Eira Syazira tersalah gantung baju dan seluar, lain macam jadinya fesyen Pak Azad, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik azad. jasmin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon Azad Jasmin atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad menghadiri satu majlis. Namun, apa yang menghiburkan adalah pakaian yang dipakai oleh Pak Azad.
Menerusi video itu, Pak Azad memakai baju Melayu berwarna hijau. Manakala seluar yang dipakainya pula berwarna kuning. Telatah Pak Azad telah dirakam oleh seorang rakannya dan kedengaran suara rakan Pak Azad ketawa kerana terhibur melihat ‘fesyen’ yang digayakan oleh Pak Azad.
Kata Pak Azad, hal ini terjadi gara-gara isterinya, Eira Syazira telah menghantar semua seluar Pak Azad ke dobi dan selepas itu, Eira tersalah sangkut baju serta seluar tersebut. Keluh Pak Azad, adakah patut dirinya pergi ke majlis tersebut dengan pakaiannya seperti itu.

Perkongsain video Pak Azad ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang berseloroh mengatakan ada kemungkinan fesyen baju Melayu berlainan warna yang digayakan oleh Pak Azad ini akan menjadi trend baju raya pada tahun 2025 nanti.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@azad.jasmin ni kes eira takde pegi indonesia #pakazad #eirasyazira #fyp #fypシ゚ #foryou #foryoupage #berandatiktok #berandafyp #esekeli
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat pakaian Pak Azad dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anugerah husband terpaling relaks setakat ni.. Tahniah bro.. Hahaha pkai sampin.. Teruih nmpk mcm fesyen oooooo.. “
” OK la tu. Perempuan pon elok je matching.. Baju lain.. Kain lain.. Boleh buat trend 2025.. Hahaha baju melayu Pak Azad.. “
” Pak Azad tak perna menghampakan lucu btl.. Tapi cool betu dia, masih lagi pakai baju dan seluar tu.. Hahha kalau orang lain rasanya dah tak pakai.. “
” Adoi Pak Azad, kalau tak buat memang tak sah lah.. Ni baru kedah Pak Azad, hahaha.. Mana tau ni trend terbaru raya nanti.. “
” Pak azad pakai apa pun ok je tetap lawak.. Mau jadi trend baju melayu mcm ni lps ni, hahhahaa.. Tak pa la dah cam old money tu Pak Azad oii.. “
” Terus rasa lapar tengok baju seluar Pak Azad, teringat kuih talam, hahaha… Buat pasa lah Eira oi, naya laki hang, hahahaa.. “
” Part gelak member tu memang tak boleh blah, berdekah ooo member tengok, hahahaa.. Pak Azad lawak betul lah, hahaha.. “
Terhibur warganet melihat gelagat dan reaksi muka Pak Azad. Pasrah sahaja Pak Azad apabila terpaksa memakai baju dan seluar yang berlainan warna. Namun ada yang mengatakan Pak Azad seorang yang sangat cool kerana berani menggayakan ‘fesyen’ yang rare dan lain daripada yang lain seperti itu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok azad.jasmin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

