Artis / Selebriti
” Dia tak percaya dengan mak mertua dia awak. Berani dia awaskan kita.. ” – Sheila Rusly

Video Sheila Rusly memasak menu Ayam Bakar Taliwang untuk bakal menantunya, Beatrice Chitra buat ramai terhibur. Wah selamba yer Beatrice cakap ‘awas’ kat bakal mertua. Tapi kenapa muka tu macam takut-takut je, hehe..
Bagi yang mengikuti pelakon Sheila Rusly di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Sheila suka berkongsi video dirinya memasak pelbagai juadah yang menarik. Perkongsian-perkongsian resepi oleh Sheila itu juga sering mendapat pujian daripada warganet.
Terbaru, Sheila telah memuatnaik video yang memaparkan Sheila ingin memasak menu dari negara jiran Indonesia iaitu Ayam Bakar Taliwang di akaun Instagram miliknya. Namun, apa yang menarik pada kali ini adalah bakal menantu Sheila iaitu Beatrice Chitra turut ada bersama.
Video memasak Sheila ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur setelah menonton lakonan Sheila bersama Beatrice. Yang paling mencuit hati adalah ketika ada satu dialog yang Beatrice perlu menyebut perkataan ‘awas’ kepada Sheila jika Ayam Bakar Taliwang yang dimasak Sheila itu tidak sedap.
Selain itu, ada yang memuji cara layanan Sheila terhadap Beatrice sudah seperti anak kandungnya sendiri. Sehingga kini, video terbaru Sheila bersama Beatrice telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan terhibur dengan lakonan Sheila bersama Beatrice. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Lawak tengok, dia tak berani tapi kena paksa sebut tu. Nampak muka takut-takut, haha.. Menjadi betul lakonan sis dan menantu.. “
” Aduiiii lawakla…. Siap ulang banyak Kali sis shielarusly_jspicture’s saya tgk hahahahhahaha.. Yg ni brani betul eh..Awaskan Sheila Rusly, hahahahaha mother in law yg terbaik.. “
” Berani dia AWAS KAN Sis yer.. Hahahhaba helllloo ni Sheila Rusly ok.. Sis, dia tgk semua Season KKR hahahhaha.. “
” Hahahahaha saya suka menantu awas ni, haahaha.. Kelakar betul lah, tapi best tengok ibu mertua dan menantu close macam ni.. “
” Dah macam tgh tgk cerita sinetron lah, spontan je.. Comel lakonan sis dengan menantu.. Btw sis memang masak sedap, tengok pun dah tahu.. “
” Habis lah sis, hahaha dia awaskan sis, hahahaha.. Kita dengar pun berdekah.. Kelakar juga rupanya bakal menantu sis ni.. “
” Hancur diet terus hahaha.. Sedap betul tengok masakan sis.. Rugi tak makan oiiii.. terbaik sis.. Bukan setakat boleh masak masakan melayu tapi indo juga boleh.. Superb sis.. “
Reaksi ketika Beatrice menyebut ‘awas’ mencuit hati ramai. Nampak Beatrice seperti takut-takut berkata seperti itu kepada Shiela. Apa-apa pun, ini hanya video content mereka sahaja. Menu masakan Sheila pada kali ini juga agak menarik. Boleh lah selepas ini warganet mencuba memasak resepi Ayam Bakar Taliwang ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral1 day ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen