Artis / Selebriti
” Dia ni buat badan macam tukar baju je. Jeles betul dengan Sam.. ” – Komen Netizen

Shaheizy Sam berlakon dalam versi gemuk dan kurus dalam satu video buat ramai kagum. Video paling mencabar dan lama untuk disiapkan, ada 3 fasa. Semudah tu je Sam boleh kurus. Bila kurus, auto nampak muda dan handsome..
Aktor dan bintang utama Polis Evo, Shaheizy Sam bukan nama baru dalam industri perfileman negara. Mesra dengan sapaan Sam, figura ini sangat berbakat dalam lakonan. Selain karier seni, kehidupan peribadi Sam juga menjadi perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shaheizy Sam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Sam yang mencuit hati. Motif video ini adalah sebagai nasihat kepada semua yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan dan inginkan badan yang fit.
Menerusi video ini, Sam melakonkan 3 watak yang menunjukkan dirinya dalam versi badan gemuk. Setiap seorang mewakili karakter kaki Reject yang ego tinggi, Kaki Plan yang malas buat dan Kaki Redah yang sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk kurus.
Sam sangat kreatif dan video ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya. Dari badan gemuk, Sam mampu kurus kembali dan automatik kelihatan muda dan segak. Betul kata Sam, jika kenal jalan, pasti mudah untuk mencari jalan shortcut dan mengelak dari tersasar jauh dari target untuk kurus.
Jom tonton video di bawah :
@shaheizysam Selagi tak “REDAH”, selagi tu tak kenal jalan.. Dah kenal jalan, senang nak cari shortcut, senang nak elak lobang 😏 Kesian la kat diri tu, jangan EGO 😊 @Nutrikino HQ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sepanjang aku plan nak kurus ni, Sam ni 3 kali dah gemuk kurus gemuk kurus balik.. The real Taro Sakamoto.. “
” Dia ni buat badan macam tukar baju je.. Kalau korang yg dalam content, agak2 berapa belas tahun baru boleh post? Komen sat.. “
” Sam ni mesti ada dua almari kan. Satu letak baju yg saiz s satu lagi yg saiz xl haha.. serius do sakamoto real life.. “
” Jeles betul dgn sam ni rasa nak gemuk dia gemuk rasa nak kurus kejap ke kurus.. masalahnya akak ni.. bertahun2 mcm tu juga.. “
” Aku dah jem. skrg ni dia yg kurus ke yg berisi.. bape lama la simpan video untuk nk diedit.. Sakamoto real life.. “
” Nak pelik tapi Shaheizy Sam.. Dia je yg bole gemuk kurus gemuk kurus.. aq ni gemuk sajee kurus da xmau.. “
” Terbaik dia ni, shoot sndiri dialog sndiri camera sndiri kutuk diri sendiri puji pn diri sndiri.. Memang badan boleh custom hari hari ke bang.. “
” Bape kali doh. besar kecik besar kecik. power btul. disiplin tinggi. mesti time melantak melantak betui2 sampai beso. dh nk kecik disiplin betui2. power nye cam gini.. “
Kagum warganet dengan disiplin Sam, dari gemuk boleh kurus dalam masa yang singkat sahaja. Konsisten dalam plan diet yang dirancang, di samping melakukan senaman, hasilnya memang mengagumkan. Semoga ramai lagi yang boleh mengurangkan berat badan mengikut cara Sam dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shaheizy Sam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Jawapan Ayden tu buatkan kita pula terharu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terpecah dah tembelang Abang Long. Jujur betul adik beradik Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya akan diabaikan, disingkirkan dan dibuang dengan begitu sahaja.. ” – YB Syed Saddiq