Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia mempertahankan Bella, terima kasih.. ” – Bella Astillah

Video Bella Astillah berkongsi mengenai keperibadian YB Syed Saddiq yang ramai tidak tahu dalamn satu podcast. Salute lah cara Bella jawab semua soalan yang ditanya. Paling tersentuh part Bella bercerita pasal hantaran majlis pertunangan tu..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik ERA, telah dikongsikan sebuah video podcast bersama Bella Astillah. Menerusi sesi tersebut, pelbagai soalan menarik diajukan oleh pengacara, Radin, khususnya berkaitan hubungan Bella bersama tunangnya, YB Syed Saddiq.

Antara yang mencuri perhatian adalah apabila Radin bertanya mengenai keperibadian YB Syed Saddiq di mata Bella dan anak-anak. Dengan penuh tenang dan senyuman, Bella memberikan jawapan yang cukup manis dan menggambarkan sisi positif tunangnya itu dan membuatkan ramai tersentuh mendengarnya.

Bukan itu sahaja, Radin turut menyentuh mengenai hadiah hantaran yang diberikan oleh Syed Saddiq yang sebelum ini turut menjadi perbualan hangat di kalangan warganet. Bella menjelaskan perkara tersebut dengan baik dan bersahaja, menunjukkan sikapnya yang matang.

Perkongsian video ini nyata menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji cara Bella menjawab setiap soalan dengan penuh sopan dan profesional. Ramai juga yang mendoakan agar hubungan pasangan ini terus kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Love your word Bella Astillah… Plus touch my heart too… May ALLAH bringing u hpiness with YB foreverr.. “

” Alhamdulillah, YBella n YB SS kekal Bahagia Sampai keakhir Hayat serta keSyurga-NYA. In Shaa Allah. Aamiin Ya Allah.. “

” Bella betul2 ber ADAB bukan sahaja Ber Adapt dgn sekeliling lingkungan ybss. Dia tau dmaana layaknya dia d cc ybss.. Bella sgt2 tau cara mysuaikan diri dlm stuasi dia.. See how she controlled her self better.. “

” She is truly and amazing iron lady. 1st Lady material..  Tersgt suka mereka berdua! Doa agar jodoh mereka berpjgan selamanya.. Allahumma Aamiin.. “

” Tersgt matang bella ni kan. Cara ckp dia amat menjaga.. Semoga Bella dan Syed sadiq bahagia hingga ke jannah.. “

” Love your word Bella plus touch my heart too.. See how she controlled her self better,no wonder Yb so in love with her.. “

” Pandai Bella ni kan. Cara dia jawab pon tenang jee kita dgr. Mature, warmth, calm & sgt inspiring. Tgk masa dia bertunang, simple tp ada class tersendiri.. “

Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan pasangan ini untuk melangkah ke fasa seterusnya dipermudahkan. Semoga perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga berjalan dengan lancar dan diiringi dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, bellasastillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak