Artis / Selebriti
” Dia keluar fitting room macam bapak-bapak test baju raya.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah membuat makeover penampilan YB Syed Saddiq menjadi ala-ala Korea raih perhatian ramai. Wah terus bertukar jadi Oppa lah, terus tak nampak macam YB. Part tali pinggang YB Syed Saddiq tu memang rare. Terkejut tengok, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Bella Astillah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bella yang ingin mengubah penampilan YB Syed Saddiq telah meraih perhatian ramai. Bella ingin mengubah penampilan Syed Saddiq kepada jejaka ala Korea.
Bella telah membawa Syed Saddiq ke beberapa kedai untuk mencari pakaian, kasut dan juga aksesori. Apa yang menarik ialah Syed Saddiq menurut sahaja kehendak Bella dengan mencuba satu persatu baju yang dipilih oleh Bella. Alahai, sweet pula melihat gelagat mereka berdua.
Selesai memilih pakaian, Bella dan Syed Saddiq meluangkan masa bersama bermain satu permainan indoor. Hasil makeover daripada Bella ini menampilkan Syed Saddiq yang nampak lebih sempoi. Jika style rambut Syed Saddiq diubah, pasti akan nampak ‘lebih Oppa’.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai peminat tidak sangka apabila melihat tali pinggang yang dipakai oleh Syed Saddiq selama ini rupa-rupanya sudah hampir rosak.
Jom tonton video di bawah :
@bellaastillah_94 Kita makeover new look YB Syed ke Syed Oppa 🙊🙈 P/s: Thank you adik & bestie teman🫶🏻
Di ruangan komen, ramai yang suka melihat pasangan ini begitu mesra. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Syed saddiq muka dia bolehla yg viral tu adib pilot , maybe boleh tiru baju2 adib tu.. wei sama cerita macam love in contract.. “
” Tak skrg mmg dia couple ker ? Kahwin lah dengan dia Bella. Tali pinggang tu tanda setia. Baru nampak syed saddiq normal.. “
” Beg dia pun beg yang dia bawa hari2 ke sidang parlimen.. fomula ukur pinggang tu siapa masih guna kumpul sini kejap.. “
” Comelnyaaa. cuba kawin nak tengok.. Habis baju baru whaatt?? Yayang?? Did i hear wrong???? dia keluar fitting room mcm bapak bapak test baju raya weh .. “
” Apa yg saya nampak Syed ni x boros, cermat dan pandai value benda yg dia sayang. Mudah-mudahan klu berjodoh dgn Bella,dia value Bella mcm dia value barang2 dia.. “
” Rambut pown kena makeover buat rmbut oppa.. asal aku tengok sampai habis tersengih2.. tali pinggang and kasut tu.. HAHA.. “
” Puas hati betoi tgok depa …bkn calang2 bella dpt pganti alif tuu…menagis si pyondol.. org laki klu berduit ke x berduit, klu dia dh selesa mmg yg tu jelah die pakai.. “
Wah, bersemut habis lah apabila menonton video gelagat Bella dan Syed Saddiq ni. Nampak seperti pasangan yang sedang hangat bercinta dan sangat serasi. Ramai peminat sebenarnya suka jika benar mereka bercinta. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan Syed Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen

