Artis / Selebriti
” Dia hou hou oh oh oh oh pun aku dah tahu sedap sungguh lagunya. Zikir aku dosa, pulut kuning lagi aku dosa, hehe.. ” – Komen Netizen
Zarina Zainuddin kongsi video nyanyian terbarunya berjudul Pulut Kuning Zarina buat warganet terhibur. Ada yang kata macam lagu tema kartun kanak-kanak. Rasa berdosa pulak dengar lagu ni, hehe..
Selepas berkongsikan rakaman video berselawat dan berzikir, Zarina Zainuddin kini kembali lagi dengan nyanyian terbarunya. Umum mengetahui, Zarina terkenal dengan produk makanannya, pulut kuning dan lagu nyanyian Zarina kali ini mengenai pulut kuningnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina merakamkan lagu tema untuk produk keluarannya itu. Seperti video terdahulu, Zarina kelihatan enjoy sahaja menyanyi dan cukup yakin memperdengarkan suaranya itu.
Rentak lagu ini agak rancak dan seperti lagu tema kartun kanak-kanak. Liriknya menceritakan keenakan pulut kuning Zarina yang boleh dimakan dengan sambal petai dan berbagai jenis rendang. Sesuai sangat lagu ini dan boleh mengingatkan orang ramai tentang pulutnya itu.

Pelbagai respon telah pun diberikan oleh warganet setelah menonton video Zarina ini. Komen-komen warganet juga mencuit hati dan menghiburkan. Sehingga kini lebih 3000 tanda suka dan lebih 600 komen telah pun diraih untuk perkongsian ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia mai lagi, nak lagi? haha.. Sedap lagi lagu Kacang TV1 dulu.. ni pun versi lagu kartun kanak-kanak jugak ni.. Baru je bangun,tpi tuelah rasa mengantuk balik la pulak.. “
” How how howo howo oo ooo, haha.. awal-awal aku dah baran.. Nanti saya bukak taska, saya jemput akakk mai hiburkan anak taska saya ocey.. “
” Tak sangka sejauh ini akak boleh go.. Akak nampak enjoy sangat, meledakk.. hm baru je nk scroll tiktok dah kena hadam lagu pulut kuning pulak.. “
” Tak sangka akak masih ada confident haha.. salah ke kita nak ketawa baca komen komen .. saya tak kenal diorang ni.. “
” Mohon undur diri ye tak nak cari dosa pagi-pagi haha.. duet dengan dato aliff syukri best ni.. menghiburkan betul lah zarina ni.. “
” Pahala saya hritu pn dh disia siakan , ni rugi lagi pahala saya. maaf kak saya nk beli fon baru mcm ni.. pulut kuning zarina pulak haha.. “
” Die hou hou oh oh oh oh pun aku dh tahu sedap sungguh lagunye, haha.. aku penat la bc komen… zikir aku dosa, pulut kuning lg aku dosa.. “
Rancak juga rentak lagu pulut kuning Zarina ini. Walaupun suara Zarina telah dikecam oleh warganet sebelum ini, ianya langsung tidak menjejaskan keyakinan diri Zarina. Apa-apa pun, semoga warganet enjoy mendengar lagu Zarina ini dan pastinya akan terngiang-ngiang di telinga sambil mengingati keenakan pulut kuning Zarina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG dan Tiktok Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

