Artis / Selebriti
” Dia gugup sebab gayat, padahal dia yang request tangga. Tapi tangga tinggi.. ” – Komen Netizen
Video Mark Adam gugup sebab gayat buat persembahan di atas tangga tinggi. Respon Mark bila Datuk Syafinaz tanya buat ramai terhibur. Boleh pulak Nabil bawa Mark turun bawah depan-depan Datuk Syafinaz. Berdekah dibuatnya, haha..
Persembahan Mark Adam pada minggu kedua Gegar Vaganza 12 benar-benar mencuri perhatian ramai apabila Mark membawakan lagu penuh emosi, Harus Terpisah nyanyian asal Chakra Khan. Video persembahan Mark ada dikongsikan di Instagram F8buzz.
Dengan kawalan vokal mantap dan penghayatan yang menyentuh hati, Mark berjaya membuat penonton terpaku malah ramai memuji ini antara persembahan terbaik malam itu. Namun di sebalik persembahan hebat itu, rupa-rupanya Mark berdepan cabaran besar.
Mark mengakui dia sebenarnya gayat kerana perlu menyanyi di atas tangga yang tinggi sebagai sebahagian daripada konsep persembahannya. Patutlah suara Mark kedengaran agak lain macam seperti bergetar, rupa-rupanya menahan rasa gayat.

Walaupun gayat di atas tangga, Mark tetap berjaya menggegarkan pentas Gegar Vaganza dengan vokal yang mantap dan jiwa yang besar. Itulah semangat sebenar seorang bintang yang berani, profesional, dan sentiasa menghiburkan peminat.
Jom tonton video di bawah :
Ada yang memuji semangat profesional Mark yang tetap tampil yakin walaupun dalam keadaan gayat. Antara komen-komen yang diberikan :
” Patutnya Mark berdiri je 2nd last tangga pun dah ok asalkan pijak tangga tu . Kelako btl mark ni.. terbaik Mark Adam.. “
” Congratulation!! Proud of you. Wish you all the best in Final. Gud luck and all the best.. Esok gk aku karok lagu ni.. confirm final.. “
” Mark adam dh masuk gv??? mashaAllah sedar x sedar aku dh tua ek.. terbaik lah mark adam you are champion.. Sedapnya suara.. “
” Tang dia libas tu terbaik Mark.. Tk sangka pelawak mcm mark bleh nyanyi sora pun sodap sgt.. minggu depan mark dpt lagu apa wei…xdpt tgk dok busy layan anak nk exam esok.. “
” Ingat suara dia xsedap Dan power sebab lagu2 dia sebelum2 ni rilex santai.mcm bercakap xtau menyanyi.. Suara sedap.. tp jgn biarkan MA berckp.. terus aku nk ketawa.. “
” Dia gugup sbb gayat, padahal dia yg request tangga.. Tpi tangga tinggi.. Fav list aku skrg Mark Adam, Iskandar Ismail, Rahmat Ekamatra.. “
” Lepas tengok dia nyanyi tu berdekah giler aku ngn mak aku gelak sbb dia kata dia gayat tu sampai Nabil bawak mark Adam turun ke bawah HAHAHAHAHA.. “
Apa-apa pun, persembahan Mark membuktikan beliau bukan sekadar penyanyi berbakat, tetapi juga seorang penghibur. Pastinya ramai tidak sabar menantikan persembahan Mark Adam pada minggu hadapan. Semoga berjaya buat Mark Adam dalam Gegar Vaganza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen

