Artis / Selebriti
” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
Video Namie menyanyikan lagu viral, Jamilah buat ramai terhibur. Lain macam betul lagu Jamilah Namie ni. Habis dia campur lagu-lagu lain dalam lagu Jamilah. Jauh menyimpang betul kali ni Namie menyanyi, haha..
Pelawak, Namie Smy sering mencuri perhatian peminat muzik tempatan kerana bakatnya yang unik. Selain mempunyai vokal yang merdu, Namie juga terkenal dengan kreativiti menyanyi sambil menukar lirik lagu mengikut gaya dan idea sendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Namie Smy, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Namie menyanyikan lagu yang sedang viral sekarang iaitu Jamilah. Menerusi video tersebut, pada awalnya Namie menyanyikan lagu itu dengan betul dan mengikut lirik asal.
Namun secara tiba-tiba Namie menyambung nyanyian dengan menukar lagu lain iaitu Cinta Berkarat, nyanyian asal oleh kumpulan Senario. Bukan itu sahaja, Namie turut mencampurkan lagu Selamat Pengantin Baru dan Cinta Ku Sampai Ke Ethiopia menjadikan nyanyiannya lebih unik dan menghiburkan.

Sekali lagi, perkongsian oleh Namie ini berjaya mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur dan memuji kreativiti serta gelagatnya yang spontan ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut. Sehingga kini, video nyanyian Namie telah menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video nyanyian Namie ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. Tersedak aku tengah minun air ni Namie oi.. “
” Agak dh.. Mst lagu senario die masuk kan. Dgr lenggok lagu dr awal dh taw sama mcm lagu senario.. Tapi sedap juga.. “
” Walaupun dh tau akan jadi cmne…aku tetap akan dengau smpai abis.. Namie memang tak pernah mengecewakan kalau bab2 tukar lirik.. “
” Apa nak expect daripada Namie, hahahaha.. Dia nyanyi lagu sama sampai habis.. Lambeeeettt lgi lerrrr.. “
” Adoi jamilah oi.. Jauh sgt myimpang ni jamilah ni.. Byk sgt tgok dvd lh ni.. Rasa macam nak hampok je muka, haha.. “
” Sedap ko rojak eh. Sampai org kawin ko pegi hingga ke Ethopia.. Jauh nau menyimpang ni Namie.. Sabo jalah.. “
” Kalau nyanyi tangan macam tu tahu dh, cmfm tukar lirik punya.. Kau bagi byak sangat, dah lari dari tajuk sebenar Jamilah ni.. “
Sekadar info, Namie sememangnya sering memuatnai video menyanyikan lagu yang dicampuradukkan dengan lagu yang lain. Gelagatnya itu bukan sahaja menghiburkan, malah memberi inspirasi kepada peminat muda untuk berani mengekspresikan diri melalui seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG namiesmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


