Artis / Selebriti
” Dia buat kat Watie sama dengan arwah Siti Sarah.. ” – Netizen
Video Shuib Sepahtu Melayani Isterinya, Watie Hanifiah Raih Perhatian Ramai. Alahai Sweetnya Pasangan Ni, Siap Menyanyi Lagu Hindustan Lagi. Memang Bersemut Lah !!
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian video terbaru Shuib bersama isterinya, Watie Hanifiah telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di dalam kenderaan mereka ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.
Apa yang menarik ialah Watie yang memandu kenderaan tersebut, manakala Shuib duduk di sebelahnya. Menurut Watie, dialah yang menghantar anak-anak ke sekolah dan kemudiannya mengambil Shuib yang baru selesai bertugas di Konti Suria FM.
Wah, untung lah Shuib ada isteri yang mengambilnya pulang dari kerja. Patutlah Shuib menulis di ruangan kapsyen yang berbunyi ‘ bini Grab ‘. Namun sudah menjadi kebiasaan jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk menghilangkan rasa bosan, pasangan ini sempat merakamkan video sweet bersama dan dikongsikan di Instagram buat tatapan peminat. Nampaknya Shuib dan Watie ini merupakan pasangan suami isteri yang sepadan dan serasi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang gemar melihat kemesraan pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Kenapa setiap kali saya tngk post Shuib teringat sngt dengan arwah Siti Sarah .. Untung la dedy ada grab persendirian.. “
” Ni yang shuib cakap dalam radio tadi watie hantar anak anak sekolah stuck dalam jammed, belum sempat sampai rumah kena jemput shuib pula habis duty dekat Suria FM.. “
” Dia buat kt watie sme dgn arwah semoga kalian till janahh… Aminn.. comelnya suara kak watie …manja… semoga dipermudahkan segala urusan mendatang to both of u.. “
” Tumpang gembira, semoga kekal kekal bahagia hingga ke jannah .. byk semut pulak screen phone aku ni.. hensem daddy shuib.. “
” Hah ?? Kata shuib bila ditanya sedapkan lagu nih?? Hahah spontan lawak suara dan gimik muka tuh.. tak mekup pun cntik.. “
” Lame2 tengok muka diorang ni macam seiras.. Aku lak yg sengih2 ape kes adoyai.. malehh aku tgokkk, dok senyum sorang².. “
” Family bahagia.. alhamdulilahhh… tahniah bro,saya tersenyum tgk awak.. happy sgt2.. hehehe.. Bahagia hingga ke jannah jua hendak nya. Aamiinn.. “
Sememangnya cara Shuib melayan Watie sama seperti Shuib melayan arwah isterinya dahulu. Semoga jodoh Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa bahagia selalu. Alahai, memang bersemut kan pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

