Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia ambil, dia kutip, dia makan bersama-sama ayam.. ” – Datin Seri Shahida

Video DS Nur Shahida sebak berkongsi cerita kesusahan suaminya, DS Aliff Syukri ketika kecil buat ramai tersentuh. Tak sangka sampai macam tu sekali kehidupan Dato’. Sedih sangat part DS Aliff cakap kalau duit boleh beli zaman kanak-kanak, dia akan ulang balik zaman kanak-kanak..

Dato’ Seri Aliff Syukri merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Di sebalik kejayaan dan kekayaan yang diperolehinya pada hari ini, ada cerita sedih mengenai kesusahan yang pernah dilaluinya ketika kecil. Kisah ini dikongsikan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Skintific Powder Foundation

Menerusi akaun Tiktok bernama Dkaysharon, perkongsian sebuah video yang memaparkan Datin Seri Shahida bercerita mengenai Dato’ Seri Aliff ketika kecil telah meraih perhatian ramai. Menurut Datin Seri Shahida, suaminya itu sangat sukakan buah-buahan.

Namun kerana tidak mampu untuk membeli buah, Dato’ Seri Aliff sanggup mengutip kulit buah-buahan daripada penjual jus buah lalu memakannya. Disebabkan ini, Dato’ Seri Aliff amat melarang sekali berlaku pembaziran dalam makanan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sehingga kini, Dato’ Seri Aliff amat tegas dalam keluarganya mengenai pembaziran. Dato’ Seri Aliff juga tidak suka jika kulit buah dikopek secara tebal kerana ia juga dianggap satu pembaziran.

Jom tonton video di bawah :

@dkaysharon

Cerita sedih papa laris semasa waktu kecil mya – dato aliff syukri

♬ original sound – DKAYs – DKAYs

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila mendengar kisah ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

Bohemian Handbag

” Pastu bonda kta dia gagal mndidik ank patut la dato sgt terasa. Ibu tgalkn ankΒ ank2 struggle menjalani zmn kanak2 padahal baru kanak2.. “

” Sedihnya cerita silam papa…tp Allah dh gantikan segala kesusahan dia dlu dgn kekayaan yg papa dpt skrg.. kita tak boleh nak cakap sewenang2nye.. “

” Papa saje je buat perangai annoying tu… actually dia baik je… aku pun ade kawan mcm tu.. Mcm mana dato gain modal utk berniaga ? Dulu kan susuh nak dpt modal.. “

” Bila org pernah susah dia hargai makanan tau.cam ak klau gi kenduri tgk org makan tak habis ak nangis tau.Β 

” Bila dengar Mama Sri citer pasal kesusahan Papa Sri masa kecik… Abam & org lain sepatutnya rasa bersyukur sebab kami tak sesusah beliau… Patut lar ALLAH bagi Papa Sri kekayaan… “

” Bila kita pernah susah mesti kita akan hargai apa yang kita ada selama ni.. really salute dato…he deserves all he have nw..it’s doesn’t come easy all his achievement through his hard work.. “

” Teringat dulu kak yati pun ada cite dia skrg ni suka mkn & try mcm2 makanan sbb dulu masa kecik2 hidup susah nak mkn pun susah.. “

Kerana kesusahan yang pernah dilalui ketika kecil, Dato’ Seri Aliff amat menghargai apa sahaja yang diperolehinya kini. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Dato’ Seri Aliff dan juga Datin Seri Shahida serta dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : TT Dkaysharon

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak