Artis / Selebriti
” Deep inside, dia tak merasa spend time dengan ibu. Arghh nangis tengok.. ” – Netizen
Video Watie Hanifiah Meraikan Hari Lahir Talita Buat Ramai Tersentuh. Sedih Pula Dengar Permintaan Dekta Tu. Tak Sangka Dekta Request Macam Tu Untuk Birthday Dia !!
Dzahira Talita Zahra satu-satunya anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin. Talita juga yang lebih terkesan setelah pemergian ibu kesayangannya itu. Namun Allah sebaik-baik pengatur apabila dihadirkan Watie Hanifiah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sarah.
Meninjau akaun Instagram Watie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback tahun 2022 ketika Watie membawa hadiah hari lahir Talita. Pada waktu itu, Talita sudah akrab dengan Watie dan kelihatan gembira dengan kehadiran Watie.
Seterusnya ditunjukkan video beberapa hari sebelum birthday Talita dan Watie bertanyakan kepada Talita apakah hadiah yang diinginkannya. Berulang kali Talita menjawab dia mahu dating berdua sahaja dengan mommy. Permintaan Talita itu menyentuh hati warganet.

Pada hari kejadian, Watie memberikan Talita hadiah berupa Ipad. Gembira bukan kepalang Talita. Warganet turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan Talita sekarang. Kebaikan dan cara Watie melayani anak-anak seperti anak kandung juga mengusik hati ramai orang.
Jom tonton video dib
Perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dekta mmg betul sayang mummy dia sampai request birthday camtu.. dia pn dia nk spend time dgn mumm.. why me sooo sebakkk.. ”
” Terima kasih watie jaga anak2 arwah dgn baik dan penuh ikhlas dgn kasih sayang.. Bukti watie memang mummy yg baik sampai dekta pn sayang dan percaya kat dia.. terima kasih watie.. teruskan jadi mummy yg terbaik utk anak2.. ”
” Watie betul2 telah mebuka hati saya bahawa bukan semua Ibu Tiri jahat seperti Ibu Tiri saya. Terima kasih Wati.. ”
” Rse ikhlasnya hati seorang ibu kpd ank wlpn bukan dri rahimnya.. Deep inside, dia tak merasa spend time dgn ibu. Sbb tu dia nak spend time dgn mummy dia.. ”
” Tgk watie de persamaan dgn arwah. auraa dia keibuan dia kemesraan dia… xdinafikan Memang Hebat caturan Allah.. ”
” Melihat sahaja pun bahagia. Nape bila watie mention anak dara ibu tu sya tharu. wlpon dia dah jaga anak2 arwah tpi dia x pernah lupa bahawa anak2 adalah anak dri ibu, tk pernah lupa dgn arwah wlpon dah x ada.. hati sgt2 baik.. ”
” Anak anak siti Sarah in a good hand. Salute mummy.. happy dan sedih.. watie the best mommy , jarang kita jumpa mak tiri boleh sesayang anak org mcm ni . Argggg cry.. ”
Gembira dan sedih, perasaan yang bercampur baur dirasai oleh warganet setelah menonton video ini. Permintaan Talita dan cara Watie melayani Talita membuatkan warganet tersentuh. Selamat hari lahir Talita dan semoga segala yang Talita impikan dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

