Artis / Selebriti
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen

Video Jep Sepahtu menjaga lima orang anaknya kerana Sariyanti sedang berpantang buat ramai terhibur. Sibuk betul Jep sampai anak-anak pun pelik Abah Jep buat macam tu. Kan dah kena jeling dengan Dariya, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Jep sedang melayan lima orang anaknya di sebuah kedai makan telah meraih perhatian ramai. Menurut Jep, kini dia menggalas tugas isterinya, Sariyanti menjaga anak-anak mereka kerana Sariyanti kini sedang dalam tempoh berpantang.
Sariyanti baru sahaja menjalani pembedahan kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim buat kali kedua. Apa yang membuatkan ramai netizen terhibur ialah gelagat Jep yang kelihatan sibuk padahal hanya menyuapkan air minuman sahaja.
Paling mencuri perhatian netizen apabila melihat pandangan mata Dariya Inara kepada Jep seolah-olah agak pelik melihat gelagat bapanya itu. Pastinya sebelum ini Sariyanti yang banyak melayan anak-anak sedang makan dan minum.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak wajah Jep agak kepenatan dan tidak terurus sampai tersandar dibuatnya. Apa yang bagus ialah Jep tetap melayan anak tirinya sama seperti anak sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Dariya punya eye signal memberi tahu sesuatu… “Apahal abah ni” Nampak abahnya sedikit kekalutan, haha.. muka anak pempuan dia ada subtitle.. “
” Function terukkk abah anak 5…tersandor walaupun bg anak minum air je .. Daria malas nak layan muka dia.. Dariya jgn kantoi kan abah kening tu kerut sangat.. “
” Nampak lebih kpd mengah dh tu.bz sungguh.. Part lap tisu kt mulut si abg tu terus pecah gelak ku .. Yg 2 kecik tu mcm kembar. Ke mmg kembar? “
” Dlm lawak nmpk Jep bg perhatian kt anak2 tiri dia kn . semoga dipermudahkan segala urusan Jep & Sri Yanti.. The dad who stepped up.. “
” Lain macam abah perform mana ank 5 xsayang kami peminat mndoakan yg terbaik buat jepsepahtu and fmly.. Terus tersandar abah nya.. “
” Susah la bapak jenis memaksa2 ni..owg xnk fries la bahh… Jeb serius tapi kenapa aku tergelak gelak .. Tak minta tolong pun dia sengaja tolong kan. Terpaling busy.. “
” Jep punya muka pun mmg main peranan ekh?? nampk betul mcm x terurus..watak kira berjaya lah ekhh .. Ok lah bang ni moment bang bila anak anak dah besar nanti.. “
Nampak penat sangat Jep melayan anak-anaknya. Sesekali mengambil tugas si isteri barulah si suami memahami kepenatan si isteri. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Jep dan semoga Sariyanti cepat sembuh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti5 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira terus ajak Fattah bawa Fatima sekali naik pelamin. Kalau orang lain, mesti dah tarik muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen