Artis / Selebriti
” Dari jauh nampak simple tapi bila tunjuk dekat-dekat sangat halus seninya. Baju cantik, sopan, very demure.. ” – Komen Netizen
Video Close Up Kesemua Baju Persalinan YAM Tengku Puteri Afzan Sepanjang Istiadat Perkahwinan Diraja Rekaan Dato’ Rizalman Curi Perhatian Ramai. Wah Halus Sungguh Seni Jahitannya Dan Perlu Ketelitian Yang Tinggi. Cantik Sungguh Nampak Dekat-Dekat !!
Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar telah pun selesai dijalankan selama 3 hari.
Sepanjang Istiadat akad nikah, istiadat berinai dan istiadat bersanding berlangsung, semua mata tertumpu kepada Tengku Afzan yang tampil jelita dalam persalinan pengantinnya. Kesemua baju Tengku Afzan berwarna putih dan ia menyerlahkan lagi seri pada pengantin baru ini.
Meninjau akaun Tiktok Watiesoong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paparan terperinci setiap baju yang dipakai oleh Tengku Afzan. Sulaman tangan yang halus dan berseni, ditambahkan lagi dengan manik-manik mengikut rekaan menjadikan baju ini nampak begitu eksklusif.
Rupa-rupanya kesemua baju ini adalah hasil tangan pereka fesyen terkenal dan juga yang paling akrab dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah iaitu Dato’ Rizalman. Tidak hairan lah persalinannya indah kerana Dato’ Rizalman sememangnya kreatif mereka pakaian.
Jom tonton video di bawah :
@watieysoong Credit: Faizul Surani #royalwedding #perkahwinandiraja #tengkuafzan
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dah agak semestinya Dato’ Rizalman.. Berapa lama tok Ri jahit semua ni ya… Tak dpt bayangkan masa nak siapkan. Org2 terpilih je yg mampu buat.. salute dato’.. ”
” As usual.. tahniah tokri dan hf.. tah bape puluh k la rege dia ni hehe.. semua baju cantik, sopan, very demure.. ”
” Dari jauh nmpk simple, bila dh tunjuk dkat-dekat sangat-sangat cantik. berkelas kna pulak yang memakai sangat cantek.. ”
” Tengok bju dkt2 kt sini.. mmg wow… sblum ni xnmpk sgt tkt kt vtt yg fyp.. cantik yg amat.. Dari jauh tampak simple tp halus seninya.. Elegan dan mewah.. ”
” Cantiknya siap ada lambang pahang punya kerabat.. cantik, tak sarat, mewah dan penuh kesopanan. Tersangat lawa Tokti dan hf punya sentuhan.. ”
” Halusnya jahitan, simple elegent dan mewah. tok ri bgi tau, baju2 ni mcm sentimental value dr dia utk TPA, sbb dr kecik biasa ibu bonda dtg butik tok ri.. ”
” MasyaAllah lawaa semua material, design satu persatu detail. betul betul elegant dan mewah.. ”
Setiap rekaan baju Dato’ Rizalman untuk Tengku Puteri Afzan ini ada keunikannya yang tersendiri. Bukan mudah untuk menghasilkan busana secantik dan sekemas ini. Tahniah Dato’ Rizalman dan HF atas idea dan kreativiti untuk memastikan pengantin diraja tampil cantik untuk semua istiadat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watiesoong, Faizul Surani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Baru nak feel sweet ayah Falah dukung, aihh melatah pulak. Tergelak saya bang.. ” – Komen Netizen