Artis / Selebriti
” Dah pergi menghadap Ilahi baru kita tahu betapa hebatnya didikan Suhaimi.. ” – Netizen
Video Throwback Arwah Suhaimi Saad Kongsi Apa Yang Diajar Pada Anak-Anaknya Buat Ramai Kagum. Walaupun Homeschool, Tapi Ajaran SS Begitu Teliti Dan Tak Terfikir Dek Akal. Benda Simple Tapi Ramai Tak Alert !!
Pemergian Suhaimi Saad ditangisi oleh ramai orang dan digelar kemat1an yang menghidupkan. Banyak isu yang terpalit dengan Suhaimi ketika hayatnya dahulu dan salah satunya isu tidak menghantar anak ke sekolah dan membuat homeschool.
Dia lah guru mengaji dan dia juga lah guru semua matapelajaran. Banyak yang diajarkan oleh Suhaimi kepada anak-anaknya yang dirasakan penting dalam kehidupan. Meninjau akaun Tiktok Aziahaziah8, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Suhaimi bercerita mengenai asuhan kepada anak-anak di rumah.
Sambil tertawa, Suhaimi mengatakan dia mengajarkan perkara-perkara yang mudah dan pasti orang akan mengatakan perkara itu pun diajar. Contohnya Suhaimi mengajar anak cara membuang sampah, bagaimana cara mengikat plastik sampah dan membuangnya ke tong sampah.

Bukan hanya teori, malah Suhaimi juga menulis di papan putih dan menunjukkan cara agar anak lebih faham. Amalan sunah nabi seperti bersugi juga diajar. Perkara paling mudah iaitu cara basuh tangan juga diajar supaya anak tahu kebersihan itu paling utama.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@aziahaziah8 APA YANG ARWAH AJAR PADA ANAK2NYA ..SEMOGA PAHALA BUAT BELIAU.#suhaimisaad #suhaimisaadinteam #ajaranislam #viraltiktok #fyppppppppppppppppppppppp @aziah abdul rahim @azierahim
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cara ambik wuduk macam nabi. Allahuakbar. Banyak ilmu yang ditinggalkan.. Hebat arwah ni.. rasanya pyh mak ayah nak buat mcm ni. g hntr sek mmg serah bulat2 kat sek.. ”
” Bertuahnya ina dan anak-anak dapat suami dan ayah yang terbaik serta hebat.. terbaik la ss ni semuanya, yg baik baik untuk di dididikkan pada anakxnya. Alhamdulillah.. ”
” Dah pergi menghadap ilahi baru kita tahu betapa hebat ya didikan SS. terbaik didikan ilmu yang SS beri pada isteri dan anak-anaknya.. ”
” Allahuakbar.. bagusnya cara ajarannya buat anak-anaknya.. banyak hikmahnya ajar anak-anak sendiri.. ”
” Walaupun orang mengata macam-macam tapi ajaran SS ni kita pun tak terfikir. Terbaik cara SS didik anak-anak.. semoga pahala jariah sentiasa mengalir buat arwah.. ”
” Banyaknyaa pahala mengalir kat arwah.. asbab mmg anak dia seharian ikot apa yg ayah dia ajar.. kita.. semua pass kat cikgu .so kurang ajaran kita kt ank2.. ”
” Terbaik laa SS.. Ajar anak dari basic… bergitu terperinci yang diajarkan kepada anak-anaknya. Hebat nye ayah yang bernama ss ini.. Beruntung lah anak istri nye.. ”
Benda mudah tetapi itu lah asas yang akan membentuk sahsiah dan tauhid anak-anak. Suhaimi berjaya menjadi seorang ayah dan ketua keluarga yang hebat. Semoga pahala sentiasa mengalir arwah Suhaimi dan anak-anak akan berpegang teguh dengan semua ilmu yang diajar oleh ayah mereka ini

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok aziahaziah8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen



