Artis / Selebriti
” Cute and talented lah Leona ni. Herlok pandai menari lagi.. ” – Komen Netizen
Penampilan Khas Kasih Iris Leona Di Pentas The Harders Singing Show Bersama Aisha Retno Buat Ramai Terhibur. Wah Pandai Betul Leona Menari Tarian Tradisional. Gerakan Tu Lemah Gemalai Betul. Serba Boleh Lah Leona Ni !!
Anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona selalu viral dan menjadi perhatian ramai wargamaya. Leona yang kini pulang bercuti ke rumah ibu bapanya melakukan berbagai-bagai perkara antaranya menjadi penampilan khas untuk salah sebuah rancangan realiti TV.
Bagi penonton setia rancangan The Hardest Singing Show, kemunculan Leona beberapa hari yang lepas membuatkan ramai yang teruja. Aisha Retno mengundang Leona untuk bersamanya membuat persembahan. Meriah sungguh pentas apabila gadis Ketipak Ketipung Raya bertemu gadis Ketipak Ketipung Bawang.
Leona mengikuti para penari menari sepanjang persembahan Aisha itu. Tarian Leona yang lemah gemalai itu meraih pujian warganet. Pandai dan berbakat Leona menari. Leona juga tidak kekok di atas pentas dan melakukan yang sebaiknya untuk memeriahkan persembahan Aisha.

Ramai yang dahulunya tidak menyukai Leona kini sudah mula menyukai Leona. Gadis yang berani dan random perbuatannya kini berjaya mencuri hati ramai. Seronok warganet melihat Leona yang begitu enjoy di atas pentas. Part akhir ada juga diselitkan Ketipak Ketipung Bawangnya itu, memang penghibur lah Leona ini.
Jom tonton video di bawah :
@shvhrol1
Perkongsian oleh Leona ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Okay definitely love her even more and more now.. Yang ramai ramai dulu tak suka kata mcm mcm skrg semua dah suka yoona. Tak kenal maka tak cinta. Dont judge the book by its cover.. ”
” Ni memang comel. Nampak sangat dy enjoy je apa yang dy buat sekarang.. She is adorable sgt.. kan. Kita yg mak mak ni pun ikut senyum tgk dia.. ”
” This budak kecik ni on stage pun ON.. sumpah comel.. Terer yonna.. Comel sangat weyhhh.. Toksey lagu niy tokseyyyy.. ”
” Dahla bdk ni bijak, slay pulak.. Cute and talented lah Leona ni. herlok pandai menari lagi.. makin suka dengan leona.. ”
” Comel je Leona.. so proud of u leona.. aku xtau la si leona ni .. mcm bdk² br blajar berckp .. comel nk mampus .. rasa nk bwk balik umah je lyn dia sembang.. ”
” Time dia jerit “ hei , berhenti “ dah macam yana samsuddin dulu dulu. weh comell.. Leona memang pandai menari tradisional.. ”
” Aku fans leona now. dia cam blur tp cute tp dia buat aku terhibur hari2. comel betul leona ni.. confidence dan sentiasa suka explore new things in her life. Comel n brilliant.. ”
Semakin hari semakin ramai yang jatuh sayang kepada Leona ini. Tidak hanya bijak dalam pelajaran tetapi juga serba boleh dalam pelbagai perkara. Terhibur warganet dengan penampilan khas Leona ini. Semoga Leona terus maju jaya dan berjaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasih Iris Leona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

